Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Kenali Siapakah Keramat Hidup Kita?

Friday, 21 April 2017 | 06:13

Assalamualaikum semuaaaa..

Apa khabar? Dah lamanya Bieyla tak menaip dekat blog ni kan. Hmmmm, rindunya Bieyla dekat koranggg.

Pagi ni, Bieyla nak bagi satu tazkirah pendek je dekat pembaca blog Bieyla ni.

Siapa perasan, apa tajuk kita malam ni?

"KENALI SIAPAKAH KERAMAT HIDUP KITA"

Okay, good.

Sebenarnya boleh je Bieyla direct bagitahu. Tapi... Bieyla nak awak tanya dan jawab sendiri. Jujur tau. Cuba jawab...

Pernah tak awak berada dalam situasi sukar. Masa tu awak teringatkan siapa? Contoh nak exam dah esok ni. Tapi diri rasa tak yakin. Kawan pulak cakap soalan susah akan keluar.

"Family"
"Keluarga dan sahabat"
"Allah"
"Kakak saya"
"Keluarga dan mak ayah"

Pernah tak tiba-tiba berlaku musibah kat awak. Masa tu awak sorang-sorang diri. Awak teringatkan siapa?

"Teringat perbuatan sendiri"
"Masa ni baru ingat Allah"

Okay, soalan nombor dua.

Tiba-tiba masuk rezeki tak diduga. Awak rasa macam exam failed dah. Tapi bila keluar result. Awak lulus. Cemerlang lagi. Awak teringatkan siapa?

"Allah"
"Allah"
"Teringat kekuasaan Allah yang memberi"

Dah sebulan tak ada sales. Duit poket memang tak cukup. Rasa nak giveup dah. Tiba-tiba ada sorang customer bank in RM500 terus beli borong tak cakap banyak dah. Awak teringat SIAPA?

"Allah"
"Allah"
"Allah"
"Allah dan mak ayah"

Selepas Allah?

"Ayah dan ibu"
"Rasuullah S.A.W"

Siapa kat sini pernah hampir berada dalam bahaya, tapi akhirnya selamat? Bieyla nak share satu kisah pendek.

Masa tu Bieyla darjah 5. Tengah berkhemah dekat dalam hutan. Masa tu acaranya siang. Kena jalan dalam hutan tu sorang-sorang, sambil pegang tali. Ditakdirkan, masa Bieyla nak melepasi hutan tu, Bieyla hampir-hampir tergelincir ke dalam jurang. Mungkin sebab kasut sekolah Bieyla masa tu kut. Tiba-tiba ada kawan perempuan Bieyla yang dari belakang Bieyla dan beberapa orang cikgu tolong angkat Bieyla naik atas bukit semula.

Bieyla terbayang, macam-macam benda boleh jadi. Boleh je terjatuh ke dalam jurang. Bieyla rasa kalau tak ada kawan-kawan dan cikgu tadi tu mungkin Bieyla dah takde dah sekarang :'(

Kalau awak kat tempat Bieyla masa tu. Awak teringatkan siapa?

"Masa tu baru nak ingat Allah"
"Allah"
"Allah SWT.."

Saja bagi soalan banyak-banyak. Masing-masing tahu je jawapan dalam hati. Lepas Allah, mesti ada insan-insan terpenting dalam hidup kita. Ya, insan-insan penting yang bukan sahaja penting. Tapi ada "keramat".

Merekalah "keramat hidup" kita.

Tahu apa maksud "keramat"?

"Pegangan, tempat kita bersandar"
"Tulang belakang kita"
"Inspirasi untuk terus hidup"

Kenapa ibu, ayah, suami, anak ini "keramat hidup"?

Sebab pada mereka ada rahmat dan redha.



Pernah tak terfikir,

Kemungkinan kita selamat dari musibah,
Kemungkinan kita beroleh rezeki yang tak disangka-sangka,
Kemungkinan segala kebaikan yang terjadi dalam hidup kita,
Adalah berpunca dari doa-doa "keramat hidup" kita?

Pernah tanya tak mak tak mak doakan kita apa?
Pernah tahu tak yang setiap kali lepas solat mak ayah doa apa?

Percayalah, mesti nama anak-anak ni yang disebut dulu.

"Ya Allah, selamatkanlah anak aku dari sebarang bahaya. Kau lindungilah dia. Kau selamatkanlah dia".

Pernah dengar mak doa?

"Tak pernah"

Pernah mintak mak dan ayah doakan kita?

"Ni selalu mintak.. Hehehe"
"Mintak bila nak exam tapi malangnya tak study"

Siapa yang keramat hidup dia masih hidup, tapi dia tak minta doa, sangat-sangat rugi.



Pernah tak hati tiba-tiba rasa resah, stress tiba-tiba, lepas tu ada urusan yang sangat merisaukan sampai diri rasa tak tenteram?

Nak Bieyla tunjuk tak macam mana nak damaikan hati tu. - Satu perkara yang orang tahu tapi tak buat. Nak?

"Nakkk"

"Nakk"

"Nak"

Belanja mak makan.
Bank in duit kat mak. Walaupun kita tak berapa ada duit, buat sesuatu yang gembirakan hati mak, semasa kita sedih.
Tak kisahlah sekecil-kecil perkara. Tolong lipat baju, tolong kemas rumah. Whatever.
Buat instantly sesuatu yang bukan rutin.

Percayalah, something will be happen.

Tapi... Kita ego je nak buat.

Ya, itulah keramat.

Dah kenal keramat hidup masing-masing?

Kalau ada duit untuk sedekah, tahu tak kepada siapa harus kita infaqkan duit tu?

"Family"
"Orang susah"
"Adik beradik yang susah"
"Keluarga yang terdekat"
"Paling utama ibu bapa"

Ya, betul.

Dahulukan saudara terdekat yang susah.

Kalau ada impian, cita-cita yang besar-besar pun. Jangan segan-segan beritahu mak, minta mak doakan. Doa mak kan makbul. Kenapa tak nak ambil peluang ni?

Lastly, hargai "keramat hidup" masing-masing selama mereka masih hidup.

Ingatkan matlamat mati? Kalau kita mati awal pun, matilah sebagai anak ang baik dan suka berbakti.



Siapa yang yang bersuami tu. Suamilah keramat hidup. Tapi jangan sesekali lupa mak ayah yea.

Bieyla doakan semua yang hadir kelas malam ni dipermudahkan urusan, dilapangkan rezeki dan tercapai cita-cita.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.


CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5