Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Fitrah Yang Menjadi Fitnah

Sunday, 24 May 2015 | 08:50




Bismillahirahmanirahim...

Kita mulakan usrah dengan ummul kitab Al-Fatihah ya.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai Pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah sebelum kita nak mula usrahnya. Allahumma solli 'ala saidina muhammadin wa 'ala alihi muhammad (3x).

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang Allah S.W.T kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai alah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.

Namun Allah tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.

Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta.

Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.. Ketika itu FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan makan akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana Allah S.W.T. mencintai hambaNya. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.

Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.

Begitulah hubungan cinta yang terlarang yang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.

Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.

Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.


Allahu.

Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang cicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya.

Allah S.W.T kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum Allah dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Alla mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang mucul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan.

Contohnya apa??


Zina
Sumbang mahram
Bohsia
Bohjan
Buang bayi
Dan lain-lain lagi

*Maaf terkasar andai terkasar bahasa

Ketika itu indahkah cinta?


Kalian rasa???

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan.

Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi uasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.

Allah memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada Allah S.W.T.. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah!.

Soalnya bagaimana?


Iringlah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah SAW,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya".

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana Allah, dengan tujuan untuk membina rumah tangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dpat melaksanakan segala hukum dan perintah Allah S.W.T..

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada Allah S.W.T., di samping dapat beribadah dan bertaqwa kepada Allah S.W.T..

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan.

Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta sejenis ini buruk namanya.


Nama apa??


Cinta Monyet

Maka, tidak seharusnya mengeluh,

"Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton... Atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?"

Jangan berangan nak dating dengan pakwe/makwe kalau kita belum tentu lagi dating dengan Allah dengan sepenuh masa dan sempurna.

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.

Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhiat.

Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan terus bersambung ke alam akhirat.

Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan terus bercinta hingga ke Syurga.


Ketika itulah FITRAH dianggap ANUGERAH

Tamat.

Sudahi usrah dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5