Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hikmahknya Sakit

Saturday, 23 May 2015 | 11:50




Bismillahirahmanirahim...

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

ZIKRULLAH. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

ISTIGHFAR. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

MUHASABAH. Bukti: Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

JIHAD. Bukti: Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

ILMU. Bukti: Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

NASIHAT. Bukti: Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

SILATURRAHIM. Bukti: Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

GUGUR DOSA. Bukti: Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

MUSTAJAB DOA. Bukti: Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

MENYUSAHKAN SYAITAN. Bukti: Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

SEDIKIT TERTAWA DAN BANYAK MENAGIS. Bukti: Satu sikap keinsafan yang disukai rasulullah SAW dan makhluk di langit.

MENINGKATKAN KUALITI IBADAH. Bukti: Rukuk sujud kita lebih khusyuk. Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

MEMPERBAIKI AKHLAK. Bukti: Kesombongan terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk. Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhuk

MENGINGATKAN KITA AKAN MATI. Bukti: Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian ini bermunafa-at.. Ayuh. Zikir, fikir, syukur dan sabar...


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5