Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Ijazah Taqwa Di Universiti Ramadhan

Wednesday, 27 May 2015 | 17:59




Bismillahirahmanirahim...

Kita mulakan usrah pada malam ini dengan Ummul Kitab al-Fatihah.

Usrah pada malam ini bertajuk "Ijazah Taqwa Di Universiti Ramadhan"

Pendeknya semester Ramadhan. Hanya empat minggu. Namun, bukan calang-calang pencapaian yang diinginkan oleh Allah S.W.T. daripada kursus pendek ini. Allah S.W.T. ingin melatih kita semua untuk mencapai taqwa.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang sebelummu agar kamu bertaqwa".
(Surah al-Baqarah 2:183)

PENGARUH TAQWA


  • Taqwa ialah sumber segala kebaikan dalam masyarakat. Dengan taqwa, seseorang remaja akan berasa mulia melangkah ke masjid, melazimi majlis-majlis ilmu, berkawan dengan orang baik, mengutip sampah di jalanan, menolong orang susah dan melakukan segala yang baik.
  • Taqwa juga adalah satu-satunya cara yang paling efektif untuk mencegah kerosakan, kejahatan dan perbuatan dosa. Dengan taqwa, seorang remaja takut untuk mencuri walaupun di kawasan yang tiada CCTV, takut untuk melakukan vandalisme, takut untuk bergaul bebas dan takut untuk mencuba sesuatu yang ditegah Allah S.W.T..
  • Taqwa merupakan pasak utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang dalam menghadapi gelombang kehidupan. Dengan taqwalah, seseorang remaja sentiasa bersahsiah mulia dan menyenangkan hati semua orang yang berada di sekelilingnya.
  • Taqwa membolehkan seseorang membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Dengan taqwalah, seseorang remaja mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan sendiri terhadap dua pilihan yang saling bertentangan dalam hidupnya. Nak jadi mat rempit atau nak jadi pemuda masjid? Nak solat di masjid atau tidak solat? Nak pakai skirt pendek atau baju menutup aurat? Nak dengar lagu orang putih atau nak membaca al-Qur'an?
  • Taqwa juga menjadikan seseorang bersabar dengan segala ujian dan cubaan. Dengan taqwa, remaja berasakan ujian Allah di dunia terlalu kecil berbanding pahala akhirat yang telah dijanjikan. Dia positif dengan apa yang melingkari hidupnya.
  • "Biarlah mak ayah aku suka gaduh, Allah mesti rindu nak dengar doaku kepada-Nya supaya mak ayah aku boleh berbaik-baik semula". Itulah antara suara rintihan remaja yang telah terpasak kukuh taqwa dalam dirinya. Ujian yang ditempuhi akan dihadapi dengan penuh prasangka baik kepada Allah.

TERUS MENCARI TAQWA

  • Walaupun tinggal beberapa hari je lagi untuk menyambut Ramadhan, misi mencari taqwa di universiti Ramadhan tidak berhenti separuh jalan. Ia perlu berterusan sehingga menjelang Ramadhan. Ramadhan hanyalah kurus tahunan untuk membekalkan tenaga setahun penuh.
  • Selain kursus Ramadhan, kita mempunyai latihan-latihan setiap saat iaitu zikir dan fikir, latihan harian iaitu solat, dan latihan sekali seumur hidup iaitu haji. Semuanya untuk menuju taqwa. Apakah proses yang perlu lalui oleh jiwa untuk menggenggam ijazah taqwa? Mari kita jejaki

PROSES YANG PERLU LALUI OLEH JIWA UNTUK MENGGENGGAM IJAZAH TAQWA

1. Mu'ahadah (Menginagti Perjanjian)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji".
(Surah al-Nahl 16:91)

Untuk mengingati perjanjian kita dengan Allah, kita perlu mempunyai masa; menyendiri dengan Allah dan berbual-bual dengan-Nya. Sekurang-kurangnya dilakukan dalam solat kita apabila kita merayu: "Hanya kepada-Mu kami beribadah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan".

2. Muraqabah (Merasakan Dekatnya Allah S.W.T.)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan melihat pula perubahan gerak badanmu antara orang yang suju".
(Surah al-Syu'ara 26: 218-219)

Nabi S.A.W. berkata ketika ditanya tentang insan, maksud sabda baginda: "Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu";
(Riwayat al-Bukhari no. 50 dan Muslim no. 9)

Pada saat terjadi pertempuran dahsyat dalam hati ketika hendak melakukan sesuatu amalan, antara pujukan syaitan yang mengarah kepada riak dan desakan nafsu yang menyuruh meninggalkan amalan itu, rasa dekat dengan Allah akan meleraikan peperangan jiwa itu. Terus lakukan amalan dengan jiwa yang ingin dekat kepada Allah semata-mata.

3. Muhasabah (Memeriksa)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".
(Surah al-Hasy 59:18)

Muhasabah dapat memperbaiki niat, menjana taubat dan menjadikan kita insan yang sentiasa beringat.

4. Mu'aqabah (Menghukum)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan dalam qisas (sejenis hukuman) itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu wahai orang yang berakal, supaya kamu bertaqwa".
(Surah al-Baqarah)

Jika seseorang itu suka sangat makan nasi ayam misalnya, maka mu'aqabah baginya apabila dia melakukan sesuatu kesalahan, hendaklah dia menghukum dirinya dengan berkata, "Kalau aku chatting yang sia-sia lagi dalam minggu ini, aku tak boleh makan nasi ayam selama sebulan penuh". Hukuman ini praktikal baginya kerana berbentuk menahan kesukaannya agar dapat mendisiplinkan diri sendiri.

5. Mujahadah (Melawan Dorongan Nafsu)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang yang berbuat baik".
(Surah al-Ankabut 29:69)

Apabila diri terbuai dengan pesona dunia, haruslah kita bersikap tegas dengan diri. Lawan! Dan tetap lawan! Ingatlah pada natijah sebuah mujahadah amatlah manis.

MANISNYA NATIJAH

Dengan mu'ahadah, jadilah kita orang yang teguh atas syariat Allah.
Dengan muraqabah, terasa diri tenang dengan kebersamaan Allah S.W.T. baik tika bersendirian ataupun di tengah khalayak orang ramai.
Dengan muhasabah, bebaslah kita daripada tarikan nafsu serta cepat kembali untuk memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak manusia.
Dengan mu'aqabah, terhukumlah nafsu dan selamatlah diri daripada penyimpangan.
Dengan mujahadah, kita dapat melakukan segala kebaikan dan menundukkan sifat bermalas-malasan, pujuk rayu iblis dan ransangan syahwat.

Dengan semua ini hidup kita akan dimuliakan dengan taqwa. Indahnya! Setakat ini saja usrah dari saya. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri. Maaf atas kekurangan. Wallahua'lam.

Akhiri usrah dengan surah al-Asr dan tasbih kafarah.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5