Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Jalan Zina !

Monday, 4 May 2015 | 05:26

Bismillahirahmanirahim...

Zina ni, adalah satu dosa besar .

Dan, setiap perkara yang membawa kepada zina juga hukumya haram dan berdosa.

Al-quran ni unik. Allah tak sebut "Janganlah kamu berzina".

Tapi Allah sebut "Janganlah kamu dekati zina".

Apa maknyanya?

Maknanya, zina ni, dekati je pun dah dosa dan Allah larang. So, apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina?

Sebab, ada orang tak tahu. Pastu dia buat benda tu, dia rasa betul, bila orang tegur, mengamuk tak tentu pasal-pasal, takleh terima teguran, bengang, pastu kata orang yang tegur dia tu syadid, keras, jumud, pemikiran sempit dan lain-lain.

Apa ke pelik orang macam ni. Tapi takpe, maybe tak faham dan tak pernah ada orang bagitahu.

So, sekarang, saya nak hurai benda ni, agar semua, tahu dan boleh amal!

Apakah jalam-jalan zina? Apakah jalan-jalan yang dikatakan "mendekati zina"?

Bak kata pepatah arab, zina ni ada 7 jalan.

Dan semua jalan ni, berdosa. Dan 7 jalan ni lah yang dikatakan jalan yang "mendekati zina" yang wajib kita elak dah jauhi!

Apa dia ketujuh-tujuh jalan zina tu?

Pandang-pandang

Ini adalah jalan zina yang pertama. PANDANG. Kerana apa? Kerana dari pandanglah, kita akan rasa tertarik, terpikat, mula nak bercrush-crush, minat laki ni minat perempuan, terpikat dekat artis korea ni, artis jepun tu, penynyi laki ni, penyanyi perempuan tu, dan lain-lain.

Ingat tak dosa ke?

Kalau tak mampu tinggal pun, at least, rasalah bersalah dan rasalah benda tu berdosa!

Tapi, malangnya, hari ni, kita dengan rileksnya tak jaga pandangan. Tengok movie, nampak perempuan tak pakai tudung berlakon, boleh dengan rileksnya pandang tanpa rasa bersalah. Nampak laki tak pakai baju, pun rileks je tengok. Lagi tak malu, boleh like lagi kt FB, twitter dan instagram. Laki "terbaik", siap share dan retweet lagi gambar-gambar tu. Memang "terbaik". (Ini perlian. Harap maklum).

Jap, ingat kita kena tunduk pandangan dari yang bukak aurat je ke? Tak! Bahkan, laki still kena tunduk pandangan bila nampak perempuan yang tutup aurat sempurna! Hatta, kalau ada yang berpurdah yang sengetkan kepala dan buat simbol tangan peace, tu pun kita kena tuunduk pandangan!

Bahkan, ada ulama yang berkata bahawa, haram like gambar perempuan, kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada mereka. Bayangkan kalau takde orang like, kan dia malu. Sape suruh bajet cute.

Ada orang, dia bagi alasan "Aku tak naik syahwat pun bila pandang perempuan/laki tu. Apa salahnya?!"

Kawan, sejak bila pulak syarat nak jadi haram tu kena naik syahwat ? Tak naik syahwat pun dah haram jugak la brader. Nabi, bila jalan dengan sahabat, bila nampak perempuan, nabi tolak muka sahabat ke tepi supaya sahabat tu tak pandang!

Nampak tak permainan dia?

Tapi hari ni, kita dengan rileks boleh friend, follow kat twitter dan instagram dengan berlainan jantina yang bukan mahram, yang mana kita pun dah tahu bila friend dan follow ni, gambar-gambar diorang akan timbul kat news feed. Pastu, boleh pulak LIKE dan favourite gambar tu!

Bapak ah...

Apakah semua ni?

Hatta, kalau nak berurusan antara laki dan wanita pun (pada perkara-perkara yang dibenarkan), kena jaga pandangan tak boleh bertentang mata pada waktu yang lama.

Senyum-senyum

Dah usha-usha, apa lagi. Senyum menyenyum la jawanya. Dan start le jatuh hati. Tak jatuh hati pun takpe, saje-saje senyum bajet macho, bajet cantik. Takde la cantik sangat sebenarnya. Mula lah start letak smiley-smiley dan emoticon pelik-pelik. Malu nak start conversation. Try test letak smiley dulu. Pastu kita pun balas smiley. Bapak geli...

Tolong lah hentikan semua ini. Dosa kot... Ni jalan zina!

"Satu emoticon :) mampu menggugat dan memeltingkan orang berlainan jantina walaupun takde niat. Percaya lah.."

Memberi salam

Selepas dah senyum-senyum, so, mula lah step ketiga setan nak hancurkan kita iaitu kita mula memberi salam, hye, intro, dan yang sama waktu dengannya. Time ni still malu-malu, nak try test market. Sekali bila laki mesej perempuan dan perempuan balas, atau pun sebaliknya, maka, mula lah saat kehancuran.

Pernah tak pergi tempat asuhan budak-budak terlanjur? Cuba tanya diorang, macam mana mereka boleh terjebak dengan zina. Ada sorang tu, dia tudung labuh, bila tanya dia, dia jawab "Semuanya bermula mesej di facebook. Semuanya bermula dengan "hye" yang pertama!"

Sebab tu lah, ulama mengharamkan IKHTILAT. Masih tak nampak permainan setan?

Bersembang

Dah bagi salam, dah intro, apa lagi, start la sembang-sembang... Sembang ni ialah bila kita start cakap lebih dari perkataan salam, hye dan lain-lain. Tanya khabar, luah perasaan dan lain-lain. Semuanya berdosa.

"Saya kagum dengan awak dalam kelas. Awak punya ilmu agama sangat tinggi. Saya harap awak dapat la bimbing saya..."

Pergh. Halus je cara dia goda. Yang sama jantina berlambak orang yang kau boleh mintak bimbing. Buat apa mintak yang berlainan jantina?

"Erm... nak tanya lah. Awak tahu tak kerja rumah yang cikgu math bagi tu nak buat macam mana? Hehe.. Awak kan pandai :)"

Kawan sejantina berlambak yang boleh ajar kau. Tak pun kau pergi terus tanya cikgu kau. Kenapa nak tanya lain jantina gak? Kelakar.

Saya tak pernah tanya kerja rumah kat berlainan jantina, SPM skor jugak.

Macam-macam lagi lah. Siap, yang perempuan bagi kata-kata semangat kat laki, laki bagi kata-kata semangat kat perempuan. Pergh. Ada tak dalil yang membenarkan apa yang korang buat? Kat henset saya, saya tak letak nombor laki melainkan mahram saya. Hidup saya maju jugak. Bukan saya je, saya ada beribu kawan yang macam tu. Yang jaga ikhtilat dan tak bersembang dengan lain jantina! Saya ada ramai, nak kata, ramai orang boleh buat!

Buat temu janji

Bila dah start sembang, dah mesra, dah boleh cerita masalah kat si dia, dah rasa ada kawan yang memahami (kononnya), hati dah berbunga, dah melting, mula lah set untuk jumpa.

"Boleh tak kita jumpa kat belakang kantin sekolah. Saya nak bagi awak something.. Dalam pukul 10;30, time rehat... Okay?"

"Baik lah, Hehe.. Awak nak bagi apa? Nervous la pulak. Huhu..."

Itu baru bab nak bagi hadiah bagai. Belum masuk bab dating, nak makan kat restoran, atau buat temu janji nak jalan dan shopping sama-sama semua. Itu lagi mengarut. Habiskan duit mak bapak, hutang sini sana. Pastu kurang ajar dengan mak bapak. Ziarah mak bapak punyalah bagi 1001 alasan tak munasabah. Memang gerun...

(Sori lah saya tetiba mengamuk. Haha... Kena bagi sedar sikit)

Berjumpa

Yeah. Time ni, dah mula start jumpa. Makan sama-sama kat restoran mamak (tak romantik langsung), dah start shopping kat KLCC, tengok baju, henset dan lain-lain. Mula lah bersentuhan, peluk-peluk happy, naik motor dan kereta sama-sama, atau buat study group kat KFC sambil duduk semeja dan makan sama-sama, siap pandang-pandang, sembang kosong bagai.

Ini semua setan punya permainan. Takkan tak nampak lagi?

Lagi malu, bila perempuan keluar malam-malam. Apa masalah? Perempuan jangan la keluar rumah sangat. melainkan kalau betul-betul ada urusan penting. Ni boleh keluar malam-malam, lepak dengan boyfriend jual burger, aduh... Atau lepak dekat McDonald sampai tengah malam. Mentang-mentang duduk rumah sewa, tak kantoi dengan mak ayah? Apa ini semua?

Taubatlah sebelum terlambat. Kalau ada laki ajak korang keluar, jangan tertipu. Kalau perempuan yang ajak laki keluar, ini memang teruk.

Berzina

Bila dah jumpa, apa lagi kawan-kawan? Zina la! Mula bawak balik rumah, atau gi belakang toilet sekolah time rehat, pergi belakang semak, dan macam-macam lagi benda yang mengarut tak masuk akal!

Laki ni, bila sentuh tangan perempuan dan perempuan tu tak kisah, dia punya nafsu syahwat dan tak betul dah. Perempuan pulak, laki bagi kata-kata manis sikit, dah melting macam apa. Dah la tak hensem, tak cantik. Argh! Apa sudah jadi kat dunia ni?!

Masuk neraka

Inilah FINAL ending. Masuk neraka, diseksa atas dosa. Dan segala benda yang dosa, hukumnya haram. Muhasabah lah, dan jangan tipu diri sendiri. Kalau kita check diri kita, kita akan rasa perasaan seronok dan lain macam bila buat salah satu dari 7 jalan ni. Kan? Itu namanya nafsu!

Berubah lah. Dan jaga lah diri kita!


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5