Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Jentikan Jiwa Untuk Kita

Tuesday, 19 May 2015 | 15:59




Bismillahirahmanirahim...

Kita buka tazkirah kita dengan ummul kita Al-Fatihah...

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sollu alan nabiyy!

Ramai maklum bahawa melakukan perubahan sesuatu yang tidak mudah. Sungguh. Kerana ia ibarat berpindah dari satu tempat yang kita sudah biasa sangat, ke daerah lain yang kita masih tidak tahu keadaan persekitaran. Tetapi, tidak mudah nak bermaksud "tak boleh". Hidup ini adalah satu perjalanan.

Pernah terasa bahawa diri bersungguh-sungguh sudah tidak ada peluang? Pernah tertunduk menangis sebab merasakan diri sangat teruk kerana gagal dan membuang perangai tak elok yang membawa kepada keburukan?

Pernah merintih kepada Tuhan, sakitnya perubahan?

Orang yang sedang/pernah melakukan perubahan terbesar dalam hidupnya adalah merasai keadaan ini.

Pernah tak antunna tertanya kenapa perlu membuat perubahan kepada sesuatu yang kita katakan lebih baik padahal ia sangat menyakitkan? Malah, mengganggu keselesaan hidup yang senang?

Sebab hati itu memahami keadaan kita. Malah, hati itu yang menuntun kita melakukan perubahan. Hati itu yang fitrahnya suci, mahu kita dekat dengan TUHAN.

MASA SILAP YANG GELAP, TINGGALKAN LAH

Satu hakikat yang kita perlu terima, terdapat 2 jenis manusia yang menyesali atas segala perbuatan.

1. Menyesal atas segala dosa, lalu kembali kepada Allah melalui jalan yang benar.
2. Manusia yang menyesal, tetapi mengambil jalan singkat kerana tekanan perasaan yang teramat.

Sangat sedih apabila dengar sanggup bunuh akibat tekanan. Allahurabbi, minta Allah lindung kita semua dari perkara tersebut.

Allah tu Maha Penyayang, kenapa tak kembali padaNya dengan jalan Dia telah sediakan? Bukankah dia rugi di dunia dan akhirat sana nanti?

Allahuakbar..

Menyesali perbuatan silam memang tak dilarang, malah ia boleh dijadikan muhasabah buat diri agar timbul rasa kehambaan.

TAUBAT ITU MASIH BELUM TERLAMBAT

Pada saat ini, di keheningan malam yang sepi ini, bersama desiran angin bisikan Tuhan, pasti ada seorang hamba yang bersimpuh sujud memohon kempunan dan belas kasihan daripadaNya. Lantaran dosa-dosa yang pernah dilakukan sepanjang hidup, maka dia merasai kenikmatan kembali kepada fitrahnya. Fitrah seorang hamba. Tidak cukup dengan itu, segala apa yang disukai olehNya dilakukan, semata-mata untuk meraih pandangan rahmatNya. Taubat :)

Pada tempat yang lain, ada insan yang menyesali perbuatannya dan menangis dosa-dosanya. Berada di lorong gelap. Bersandar pada dinding yang kotor. Sesekali tertunduk, mendongak dan sebak, Dia bertanya kepada diri, apakah Allah masih mengampunkan dosa-dosanya yang sangat banyak selama ini? Layakkah diri ininya diampunkan? Akhirnya putus asa sangat mengikat hati. Jalan mudah yang diambilnya adalah mencabut nyawa sendiri :'(

Qawiy lillahi taala kesayangan semua termasuk diri sendiri.

Allah sangat Pengasih dan Penyayang. Apakah kita lupa?

Tiada manusia yang tak pernah berdosa. Tiada manusia yang tak pernah lakukan kesalahan. Kita ni terlalu banyak dosa, menzalimi diri sendiri dan Allah.

Umpama pasir-pasir di tepi pantai, begitulah banyak dosanya yang kita lakukan. Tidak terhitung! Allah :'(

DIA CINTA PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Percaya atau tidak bahawa Allah sangat cinta pada hambaNya yang bertaubat dan menyucikan diri kepadaNya. Ya. Nur sangat yakin akan itu.

Ini ayat-ayat cinta daripada Allah untuk kita. Surah Al-Baqarah ayat 222:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang betaubat dan mencintai orang yang menyucikan dirinya".

Tidakkah hati rasa tersentuh dengan ayat ini? Tidakkah kita terasa ingin sujud di hadapanNya begitu lama? Allah maha pengasih!

Apabila manusia yang zalim dan kejam datang kepada Allah untuk menyerah diri, maka Dia akan membuka tanganNya. menerima penyesalan hambaNya. MasyaAllah. Hati kita masih tidak terketuk? Tak malu?

Manusia itu hina. Manusia datang kepada Allah dengan diri yang sangat kotor. dan Dia pula masih mencintai manusia yang dosa itu.

Cuba bayangkan, kita didatangi oleh seseorang yang pakaiannya compang camping, badannya berbau busuk, wajahnya hina dan segalanya nampak menggelikan. Mahukah kita mendekati orang itu? Pasti kita tak berani, geli, rasa mahu muntah untuk berhadapan dengan manusia begitu.

Itu kita, manusia. tetapi ALLAH tidak!

Jika masih ragu-ragu dan berasa tidak layak memohon serta bersujud di hadapan Allah, maka tadabburi lah ayat-ayat cinta daripadaNya.

"Katakan lah! Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri. Jangan lah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Surah az-Zumar : ayat 53)

Jangan dihimpit penyesalan dosa dengan cara membunuh diri kerana Allah tidak pernah redha padanya. Malah, perbuatan sebegini hanya merugikan diri di akhirat sana. Bahkan, bau syurga yang boleh dicium dari jarak yang sangat jauh pun tak akan dinikmatinya. Nauzubillah!

Wahai kesayangan, percayalah dengan janji Allah. Terus bertaubat. Jangan berhenti. Dia itu Maha Penerima Taubat.

Taubat tak pernah terlambat sebelum datangnya hari kiamat. Percayalah bahawa Dia akan memandang dengan pandangan rahmat dan menggantikan hidup yang dahulu dengan kehidupan baru yang lebih indah diselimuti keindahan menyemai janji bersamaNya!

Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5