Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Kehebatan Surah Yusuf

Saturday, 23 May 2015 | 11:02




Bismillahirahmanirahim...

Wajah yang sentiasa berseri-seri sangat diimpikan oleh sekalian individu terutamanya WANITA. Kadang-kadang anda ada melihat RUPA PARAS mempesonakan cantik berseri-seri.

Tapi pernahkan anda bertanya?? Kepada mereka apakah RAHSIANYA....

Selalunya individu tersebut akan menjawab soalan anda dengan JAWAPAN yang sungguh RINGKAS. Iaitu:-

"Aish!! Tak dak apa-apalah RAHSIA, AMALAN biasa-biasa jee"

Dalam hati (Sibuk jee nak tahu. Nyampah betul!!)...

Kebiasaannya kalau nak wajah awet muda dan berseri-seri selalu dikaitkan dengan PETUA-PETUA TRADISIONAL seperti makan jamu, ulam-ulaman, tomato, timun dan bermacam-macam lagi.

Ya!! Memang benar... Petua sebegini BERKESAN!! Tapi masalahnya anda nak ke buat..

CANTIK NAK!! BUAT MALAS!!..

Tak apa sekarang kita cuba PETUA AWET MUDA cara ISLAM iaitu mengamalkan SURAH YUSUF setiap kali selepas SOLAT SUBUH.

Bacaannya:-

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 iaitu:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin:

Maksudnya:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, "Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bulan bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaa Haa Ayat 39:

"Wa-Alqayka 'Alayka Mahabbatan Minni Walimatushna 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya:

"Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariKu, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu."

Caranya:

1. Baca setiap kali selepas Solat Subuh. 3x bacaan atau lebih.
2. Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua-dua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

"Kecantikan Alami Secara Semula Jadi

SELAMAT MENCUBA IN SHAA ALLAH MUJARAB
Kalau amalkan wajah jee berseri, pahala pun dapat dan keistimewaan-keistimewaan lain akan menyusuri ke dalam diri dan hidup anda, yang penting sekali yakin dengan ALLAH S.W.T akan mengabulkan apa yang dipinta oleh hamba-hambaNya. IN SHAA ALLAH


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5