Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Keperibadian Khadijah RA

Sunday, 24 May 2015 | 09:07




Bismillahirahmanirahim...

Semalam masa Habib Ali Zaenal Abidin membahaskan kitab Syarah hadith Jibril, masuk bab tentang sirah Nabi SAW.

Semalam masuk sedikit tentang pernikahan nabi SAW dengan Khadijah RA.

Habib ada menyebutkan sedikit tentang keperibadian Khadijah RA yang sangat mulia dan dihormati.

Walaupun Khadijah RA seorang wanita yang berkerjaya, berjaga dalam perniagaannya. Tapi beliau sangat dihormati di kalangan lelaki Quraisy.

Jika ada perjumpaan untuk berbincang tentang perniagaan dengan kaum lelaki, Khadijah RA akan mengutuskan seorang wakil (lelaki) untuk menghadiri perjumpaan itu.

Dari situ habib ceritakan, betapa Khadijah RA menjaga maruah dan harga dirinya daripada berjumpa lelaki walaupun untuk urusan perniagaan.

Habib ada juga menceritakan tentang wanita-wanita Quraisy yang mendampingi Khadijah RA turut mendapat "tempias" dari hebatnya Khadijah RA menjaga maruah diri. Jika wanita-wanita Quraisy ada bersama Khadijah, mereka akan terikut-ikut dengan akhlaknya Khadijah. Mereka akan menundukkan pandangan. Mereka tidak melayan lelaki-lelaki yang mengacau mereka. Malah mereka akan membaling batu ke arah lelaki yang cuba mengganggu mereka.

Tapi yang kelakarnya... Bila habib ceritakan. Wanita-wanita Quraisy tu bila bersama Khadijah je mereka terikut dengan cara Khadijah dalam menjaga kehormatan diri.

Tapi bila Khadijah RA tidak ada bersama mereka, mereka tidak dapat menjaga diri dengan baik. Merek akan melayan lelaki-lelaki yang mengganggu mereka. Allahu....

Dari situ kita dapat lihat. Bagaimana pengaruh dari orang yang kita dekati.. Jika baik orang yang kita bersama tu, maka baik jugalak akhlak kita.

Dari sirah tentang Khadijah RA yang Habib kongsi kan ini, dapat kita lihat betapa hebatnya Khadijah RA menjaga maruah diri sehinggakan siapa yang ada bersama beliau akan terikut sama. Dan hebatnya beliau menjaga maruah diri walaupun beliau seorang peniaga yang terkenal dan berjaya.

Jom ambil ibrah dari kisah Bidadari Syurga ni.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5