Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Racun Hati

Tuesday, 26 May 2015 | 08:29




Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillahi Robbil 'Alamin. Segala pujian tertentu kembali pada Allah, Wassolatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyai wal mursalin, walhamdulillahi rabiil 'alamin.

Namanya pun racun hati, mendengar perkataannya pun sudah dapat membayangkan bahawa ia sesuatu yang boleh menyakitkan, menyeksa dan jika dibiarkan tanpa dikawal, racun ini boleh membunuh.

Hati juga mempunyai racun yang boleh mematikannya.

Namun demikian, racun hati jarang disedari kerana ia telah sebati berlaku di sekeliling.

PUNCA RACUN HATI

Racun hati boleh disebabkan oleh tiga penyebab utama, iaitu lidah, mata & perut. Jika ketiga-tiga penyebab utama ini tidak dijaga dengan baik, maka rosaklah hati.

Kita masuk kepada bahagian "Racun Daripada Lidah".

Berlebihan Dalam Berbicara

Betapa bahayanya lidah jika kita tidak menjaganya dengan baik kerana ia merupakan anggota badan dalam tubuh yang paling baik & paling buruk selain hati.

Kita hendaklah mengawal lidah daripada berbicara tentang orang lain seperti mengumpat & menabur fitnah sesama manusia.

Daripda Anas bin Malik R.A., Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya".
[Riwayat Ahmad]

Gerakan lisan adalah gerakan anggota tubuh badan paling ringan. Oleh sebab itu, banyak ucapan yang mendatangkan mudarat kepda manusia.

Di samping permusuhan, kebencian & akibat negatif yang lain, banyak berbicara juga akan mengeraskan hati & akhirnya cenderung untuk menjauhkan seseorang daripada Allah.

Selain itu, seseorang akan terdorong mengucapkan kata-kata yang dimurkai Allah tanpa menyedarinya.

Akhirnya inilah yang mendorong kita untuk masuk ke neraka.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Jangan banyak berkata-kata selain zikrullah kerana ia membuat hatimu menjadi keras dan orang yang terhindar jauh daripada Allah ialah orang yang memiliki hati yang keras".
[Riwayat at-Tirmizi]

Imam as-Syafi'e menukilkan: "Jagalah lidahmu wahai kawan agar ia tidak menyegatmu kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Ramai orang binasa akibat lidah, padahal dahulu mereka dihormati kawan-kawannya".

Selain itu, kita juga tidak digalakkan untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada orang lain dan menggunakan lidah untuk mencaci serta menghina sesama manusia.

Saidina Umar al-khattab R.A. pernah berkata: "Sesiapa yang banyak bicaranya, maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka".

Mengadu Domba

Mengadu domba adalah perbuatan mengadu tentang keburukan orang kepada orang lain serta suka menambah cerita mengenai keburukan orang lain. Orang yang suka mengadu domba suka menyembunyikan kebaikan yang didengarinya dan akan mencanang keburukan seseorang.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba".
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Lidah ialah anggota yang banyak menarik manusia ke syurga dan neraka. Jika seseorang itu banyak berkata perkataan yang baik dan sentiasa menggunakan lidahnya untuk berzikir kepada Allah, maka syurgalah ganjarannya.

Tetapi, sesiapa yang banyak menyalahgunakan lidahnya dan tidak bertaubat atas kesalahannya, maka dia akan diberi ganjaran neraka di akhirat kelak.

Mengumpat

Mengumpat adalah membicarakan aib orang lain sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya diumpat. Ia bertujuan untuk merosakkan nama baik dan menjatuhkan maruah orang lain pada pandangan umum. Ia boleh membawa dosa yang lebih besar.

Firman Allah S.W.T., maksunya: "Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".
[Surah al-Baqarah 2:191]

Memfitnah

Fitnah adalah cubaan untuk mengganggu, menghasut dan mengacau ketenteraman orang lain melalui perkataan. Ia dilakukan dengan tujuan jahat untuk membuatkan orang yang difitnah itu menderita, berpecah belah dan sengsara.

Fitnah boleh terjadi apabila wujud perasaan dendam dan iri hati serta dengki dengan kejayaan orang lain.

Orang yang suka memfitnah tidak mempunyai pegangan iman yang mantap. Dia juga tidak takut dengan ancaman dan seksaan Allah S.W.T. di samping mempunyai jiwa yang rosak.

Wujud dalam dirinya sikap tamak dan haloba yang sukar dikikis. Dia melakukan sesuatu dengan hati yang tidak ikhlas serta suka melihat orang lain menderita dan sengsara.

Moga kita semua dijauhkan sikap sebegini.

Berlebihan Dalam Pergaulan

Berlebih-lebihan dalam pergaulan dapat menimbulkan hilangnya kenikmatan dalam persahabatan atau hubungan kekeluargaan serta dapat menimbulkan benih-benih permusuhan.

Ada hati yang terluka akibat percakapan yang melampau dalam pergaulan.

Dalam sebuah pergaulan, seharusnya ia dapat menambahkan ilmu dan kenalan jika tidak berlebih-lebihan.

Perkara yang banyak berlaku pada hari ini adalah wujud pergaulan yang menimbulkan kemudaratan kepada manusia itu sendiri yang menjurus kepada kemaksiatan dan kelalaian.

Para remaja cenderung untuk bergaul tanpa memikirkan batas-batas yang perlu dijaga kerana mereka merasakan wujudnya kebebasan dan hak dalam pergaulan.

Islam telah menggariskan panduan untuk diikuti agar umatnya tidak terjebak dalam pergaulan yang melampau.

Allah S.W.T. menjadikan kita daripda pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Kita seharusnya mewujudkan pergaulan yang harmoni dan sihat dengan semua peringkat masyarakat.

Pergaulan yang baik adalah pergaulan yang ditunjangi akhlak baik dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang dilarang agama.

Firman Allah S.W.T., maksudnya: "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya, semulia-mulia orang di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa anatar kamu".
[Surahal-Hujarat 49:13]

We move on to "Racun Daripada Mata".

Berlebihan Melihat Sesuatu

Berlebihan di sini bermakna memandang sesuatu yang dapat menimbulkan angan-angan yang akhirnya merosakkan kesucian jiwa.

Akibat yang akan diperoleh dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Pandangan mata kamu itu merupakan anak panah yang beracun daripada anak panah iblis".
[Riwayat al-Hakim]

Jika terpandang secara tidak sengaja dimaafkan tetapi jika pandangan itu diulang buat kali kedua dan memandang secara sengaja, maka itu adalah berdosa.

Lebih berdosa lagi jika pandangan itu antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.

Last subtopik; "Racun Daripada Perut".

Berlebihan Ketika Makan

Salah satu perkara yang membuat hati menjadi lembut, daya ingatan menjadi kuat dan melemahkan hawa nafsu adalah laparnya perut.

Maksudnya, kita hanya makan sekadar yang perlu, tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak.

Banyak makan membuatkan kita lebih cenderung untuk terasa mengantuk hingga menyebabkan banyak tidur akibat terlalu kenyang.

Contoh terbaik yang boleh kita ambil ialah Rasulullah sendiri yang makan apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Baginda juga menggalakkan umatnya berpuasa bagi merehatkan perut dan menghindari penyakit.

Mengubati Dengan Puasa

Pada hari ini, kebanyakan orang terlalu mengikut kata hati dalam memilih makanan terutamanya pada bulan Ramadhan yang menyaksikan persaingan jualan pelbagai juadah yang enak dan beraneka.

Kita sebagai orang Islam sepatutnya menginsafi nasib saudara kita yang hidup dalam serba kekurangan tanpa makanan yang berkhasiat secukupnya.

Ada sesetengah orang yang makan, tapi membazir. Makanan yang tidak dapat dihabiskan, dibuang begitu sahaja walaupun masih boleh dimakan.

TIPS MENJAUHKAN DARI DARIPADA FITNAH


  • Tidak berkawan dengan orang yang rosak akhlak dan jiwanya.
  • Memantapkan diri dengan sifat terpuji dan teguhkan keimanan kepada Allah S.W.T..
  • Menanm rasa benci untuk melakukan fitnah.
  • Membiasakan diri untuk menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara yang diterima sebelum mempercayainya.
  • Mengasihi, bersimpati dan bertimbang rasa terhadap sesama manusia.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya fitnah.
Sekian sahaja usrah kita malam ni.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5