Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Rukun Qauli Dalam Solat

Thursday, 28 May 2015 | 12:55




Bismillahirahmanirahim...

Rukun qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, tak sah. Suara angin, tak sah. Baca dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar pun al-Fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun qauli tu apa? Takbiratul ihram, al-Fatihah, tahiyyat akhir, selwata dan salam pertama. Ada lima sahaja. Yang lain rukun fi'li. Niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (Diingat dalam hati)
2. Qauli (Diucap dengan lidah)
3. Fi'li (Perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat. [Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan toma'ninah. [Fi'li]
6. Iktidal dengan toma'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan toma'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan toma'ninah. [Fi'li]
9. Duduk tahiyyat akhit. [Fi'li]
10. Membaca bacaan tahiyyat akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam tahiyyat akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13. Tertib. [Qalbi]

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahakannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana itu.
(Surah al-Isra' ayat 110)


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5