Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Teguran Buat Daie Yang Merungut

Sunday, 24 May 2015 | 10:05




Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah thummahamdulillah harini ana dibei peluang untuk menyampaikan usrah yang bertajuk:

"TEGURAN BUAT DAIE YANG MERUNGUT"

Sebelum itu, mari kita mulakan usrah dengan ummul furqan dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..

Bismillah. Selawat dan salam ke atas Arrasul S.A.W.. Saya merayu dan meminta perlindungan pada Allah dari kata-kata yang saya sendiri tak amal. Dan saya harap, kata-kata saya ini, memberi kesan terutamanya pada diri saya sendiri, dan umumnya kepada semua, semua yang telah pun bertekad untuk menjadi pendakwah, dan ingin hidup mati dengan Islam.

Mungkin penulisan kali ini berbentuk teguran. Teguran yang saya inginutarakan kepada semua para daie. Ya, mungkin sebab kita rasa terlalu selesa dengan gelaran "DAIE", terlalu selesa berada di dalam kapal dakwah ini, sehingga kita lupa, apakah dakwah yang kita lakukan ini Allah redha atau Allah murka.

Saya ulang:

"KITA RASA TERLALU SELESA DENGAN GELARAN "DAIE", TERLALU SELESA BERADA DI DALAM KAPAL DAKWAH INI, SEHINGGA KITA LUPA, APAKAH DAKWAH YANG KITA LAKUKAN INI ALLAH REDHA ATAU ALLAH MURKA..."

Kita jangan ingat, bila kita dah gabungkan diri dengan jemaah dakwah, kita dah terlepas dari neraka. Kita jangan ingat, bila kita dah mengatakan bahawa "Aku nak ikut dakwah tarbiah", bererti kita ni malaikat dan bebas dari sebarang kesalahan dan tak boleh menerima teguran. Apa gunanya kita gabungkan diri dengan jemaah dakwah, tetapi kita ni langsung tak berkorban untuk dakwah,bahkan MERUNGUT apabila disuruh melakukan pengorbanan?!

Tepuk dada, tanya diri sendiri. Imbau semula kisah-kisah silam kita selama kita beraqda dalam dakwah dan tarbiah, dari awal hingga ke hari ini, kemudian menagislah. Mungkin, kita rasa amal dan pengorbanan kita untuk agama ni banyak, tapi rupa-rupanya, itu hanyalah ghurur, ujub, dan perasan. Amal kita hanyalah sedikit, namun kita sering mengharapkan hasil yang berbukit, apabila disuruh melakukan pengorbanan yang lebih, kau sering mengungkit-ungkit!

HAKIKAT UMAT

Saya yakin, semua sedar. Semua sedar dan faham, betapa umat hari ni sedang berada di tahap kritikal. Umat dalam keadaan nazak dan tenat. Umat Islam sendiri, hancur lebur, gugur dan bagaikan bangkai yang langsung tak memberi manfaat. Orang Islam sendiri benci dan menghina Islam, abaikan islam, menentang Islam dan menghancurkan Islam. Zina, arak, rasuah dan riba, mencuri, merompak, membunuh, buang anak, meninggalkan solat dan puasa, menonton video lucah, mengagungkan artis kafir dan berhibur dengannya, menganggap dosa kecil itu tiada apa dan lain-lain!

Umat Islam sendiri yang membackup ideologi-ideologi menyeleweng seperti LIBERAL, SEKULAR, SYIAH dan lain-lain. Umat islam hari ni lebih mengagungkan ilmuan dan falsafah barat, berbanding ulama' Islam yang mursyid. Pemahaman umat Islam makin lama makin menyeleweng, jahil atas jahil (Jahil yang merasakan mereka benar sedangkan mereka jahil, dan mempertahankan kajhilan sendiri). bahkan bukan itu sahaja, yang ada kesedaran dakwah dan tarbiah pun, masih bertengkar, bergaduh mulut, berdebat tak berkesudahan, tidak berusha mencari titik persepakatan dan ukhwah, mendahulukan buruk sangka dan dendam kesumat serta dengki yang tak berkesudahan. Juga ada yang baik sendirian, menagis sendirian, tapi langsung tak membantu umat, hanya fikir diri sendiri!

Adakah kita menangis melihat hal ini?

Lebih menyedihkan, umat islam bukan sahaja diasak dari dalam, bahkan, orang kafir hari ini, makin menjadi-jadi menjatuhkan Islam, mereka sentiasa merancang dan terus-meneruskan mencabar perlembagaan, memaksa kerajaan untuk menerima kebebasan murtad, ingin menggunakan kalimah Allah di dalam bible untuk tujuan kristianisasi, mengagungkan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual dan memaksa umat Islam untuk merasakan ianya normal atas nama HAK ASASI, dan pelbagai lagi. Lebih teruk dari itu, ada umat Islam yang mempertahankan mereka atas alasan-alasan yang cukup dangkal dan melanggari syarak.

Apakah kita masih lagi boleh tenang?

HAKIKAT DIRIMU , WAHAI DAIE

Dalam keadaan umat yang sebegini merana, kita, sebagai seorang yang Allah telah kurniakan kesedaran untuk melakukan dakwah dan tarbiah, kita yang Allah telah beri hidayah untuk meninggalkan jahiliah-jahiliah, kita, kita, kita hri ini langsung tak menghargai segala hidayah dan kesedaran yang Allah telah bagi! Apa ini! Apakah dosa yang lebih memalukan dari mengkufuri nikmat?!

Muhasabahlah dirimu wahai daie! Muhasabahlah! Saya akan gunakan perkataan "KAU". Kau tu merujuk kepada diri kita, termasuk saya yang menulis.

1. Adakah kau masih lagi boleh tengok wayang, tengok movie dan drama yang di dalamnya penuh dengan pendedahan aurat dan unsur-unsur yang Allah murka, dengar lagu-lagu yang ada unsur-unsur kemurkaan Allah, sedangkan umat sedang tenat sebegini? Apa alasan yang kau nak bagi?

"Jangan syadid sangat. tengok movie bukan salah pun. Bukan naik syahwat pun tengok aurat dan pelakon cantik dan seksi tu. Tengok just untuk hiburan je. Jangan terlalu keras sangat... Asalkan aku tak lalai..."

Saya jawab :

Ya Allah, ya Allah! Aku yang syadid atau kau yang terlalu longgar? Sehingga merasakan dosa itu bukan dosa, menghalalkan yang haram atas alasan yang cukup memalukan bagi seorang yang kononnya faham dakwah? Apa ni, apa ni?! Asalkan kau tak lalai? Sejak bila Allah kata boleh buat benda haram asalakn tak lalai? Dalil mana kau guna? Dalil Allah dan Rasul atau dalil nafsu dan syaitan??"

2. Adakah kau masih boleh bermalas-malas membaca bahan-bahan usrah? Setiap kali usrah, tak baca bahan, tak prepare. Sekali dua tiada masalah, tapi dah berapa puluh kali dah kau ulang perkara yang sama? Apa alasan nak bagi? Sibuk? Tiada masa? Ayat buku tu tinggi sangat? Orang beriman, takkan beri alasan dalam melakukan amal!

Lepas tu, mendabik dada kononnya kau faham fikrah, kau hebat bab agama, dan menyalahkan orang lain tanpa ilmu, debat kosong yang tidak didasari oleh disiplin ilmu tetapi hanya dengan nafsu dan kepala otak semata. Apakah ini? Apakah ini?

Buku sirah yang kau dah habis baca? "Raheeq Makhtum" dah baca? "Fiqh Sirah" dah baca? Ulama' dah tulis penat-penat, kau, nak baca pun penat. Apakah ini? Belum masuk bab buku-buku fikrah dan dakwah. Buku Mustafa Mahsyur dah baca? Buku tulisan Albanna khususnya "Majmuat Rasali" dah baca? Buku Fathi Yakan apa yang kau dah habis baca? Buku Abu A'la Almaududi, buku-buku Syed Qutb, Ahmad Arrasyid, dan lain-lain, berapa banyak yang kau dah baca dan hadam? Ataupun, APAKAH USAHA kau untuknya??!

Apakah ini tanda kau syukur nikmat kesedaran, nikmat hidayah dan nikmat tarbiah yang Allah dah beri pada kau?

3. Sejauh mana pengorbanan kau untuk dakwah? Atau kau rasakau berkorban, tapi check-check balik, pengorbanan kau sangat sedikit. Berapa banyak kali kau jumpa mad'u kau? Berapa ringgit yang kau dah korbankan untuk dakwah? Atau banyak buang masa? (sayalah tu!!)

Sering merungut untuk korbankan duit untuk kebaikan dakwah, sedangkan kau mampu. Yang tak mampu, boleh dipertimbangkan lagi. Bukat takat itu, bagi ceramah pun mengharapkan upah, pergi program jauh-jauh pun, still merungut dengan duit minyak, buat program pun, bergantung pada duit tersebut, dibahagi-bahagikan kepada diri kau, kononnya sebagai upah. Mintak keluar duit lebih sikit, merungut, benci, menyampah dan lain-lain. Tapi, muhasabahlah kembali.

Memang benar, ada yang tak mampu sumbang dari sudut kewangan dan harta. Tapi hakikatnya, semua mampu menyumbang. Cuma perbezaannya ialah, ada yang mampu korbankan sedikit kerana kurang kemampuan, dan ada yang mampu menyumbang banyak. Dan, banyak dan sikit bukanlah ukuran! Ukurannya adalah sejauh mana kita IKHLAS dan tak merungut serta bukan terpaksa. Korbankan duit dengan rela hati, dengan mengharapkan pembalasan dari Allah! Boleh jadi, Allah lebih meredhai yang sedikit berbanding yang banyak!

Belum sentuh dari sudut kesungguhan datang meeting. Tak dtang dengan selamba tanpa alasan. Kalau ada alasan yang munasabah, okaylah jugak. Ini tidak, pelepasan kita dari meeting adalah kerana nak memenuhi tuntutan nafsu, merehatkan badan, berhibur dengan game dan movie, serta pelbagai lagi perkara yang cukup memalukan.

4. Sejauh mana hubungan kau dengan ALlah? Amal Fardu kau? Qiamullail kau dah berapa banyak kali tinggal dengan selamba dan tak rasa sedikitpun keksalan, penyesalan dan kegelisahan. Berapa banyak kali kau sebut nama mad'u kau dalam doa? Kau ingat, hidayah tu atas usaha kau kau ke? Tahu tak kau, Allah yang beri hidayah, bukan kau! Kalau kau tahu, kenapa kau tak doa pada Allah?

Pernah tak kau menagis teresak-esak dikirkan mad'u kau? Pernah tak kau tak sedap badan, tak selera makan, memikirkan mad'u  kau yang makin lama makin lari dari tarbiah? Pernah tak? Selalu tak?

Belum sentuh bab quran dan zikir. Berapa muka baca sehari? Zikir pagi petang apa cerita? Solat jemaah LIMA WAKTU di majis/surau apa khabar? Apakah kau jaga atau buat sambil lewa, tinggalkan tanpa rasa bersalah apa? Atau, kau masih tak selesai isu jahiliah? Masih ikhtilat, melihat video yang tak senonoh di youtube, bercinta dan sebagainya?

Ingat, ingat:

"Hati yang mati, takkan mampu menghidupkan hati yang lain. Hanya lilin yang hidup mampu menghidupkan lilin-lilin yang lain. Hanya hati yang hidup, mampu menghidupkan hati umat yang mati!"

PEDOMAN DARI KISAH-KISAH LAGENDA DAKWAH

Sepatutnya, kita mahu tak mahu, perlu ada perasaan mahu berlumba-lumba untuk berkorban. Sepeti mana sahabat Arrasul. Mereka sangat-sangat tunjukkan pengorbanan yang tiada tara untuk dakwah yang suci murni ini. lagi tinggi pengorbanan, lagi tinggilah hidayah Allah akan tersebar untuk diri dan umat!

"Dan mereka-mereka yang bersusah-payah di jalan kami, akan kami tunjukkan (beri hidayah kepada mereka) pada jalan-jalan kami!"

1. KISAH SAHABAT MISKIN KETIKA PERANG TABUK

Teringat ketika perang tabuk, ketika seruan nabi kepada sahabat-sahabat untuk mengorbankan harta mereka di jalan Allah, kelihatan seorang lelaki tua dan miskin, menagis teresak-esak. Bila arrasul tanya padanya:

"Kenapa kau menagis?"

Lalu sahabat tersebut menjawab:

"Aku menagis kerana aku sedih bila aku tak mampu menginfakkan hartaku ke jalan Allah seperti sahabat-sahabat lain, lantaran kemiskinanku. Yang aku ada hanyalah sebiji tamar yang kering!"

Lalu, nabi mengambil tamar tersebut dan meletakkannya di tempat timbunan harta, di bahagian atas sekali!

2. KISAH SEORANG AHLI IKHWAN MUSLIMIN DI MESIR

Ada seorang ikhwah, seorang yang agak tak berkemampuan dari sudut harta. Bahkan, kenderaan yang dia ada hanyalah sebuah basikal buruk. Dengan basikal itulah dia gunakan semaksimum mungkin menghadiri usrah, katibah, meeting-meeting dakwah dan sebagainya, yang terletak sangat jauh dari rumahnya.

Namun, satu hari, pinpinan ikhwan menyuruh para ahlinya untuk mengorbankan duit-duit mereka untuk dakwah.

Selepas dari itu, ikhwah tersebut sering datang lewat usrah, katibah dan meeting. Dan setiap kali dia datang, mesti matanya lesu. nafasnya termengah-mengah, berpeluh dan kelihatan penat dan tak bermaya. Bila ditanya kenapa lambat datang, dia tidak memberi apa-apa alasan, dan meminta maaf atas keterlambatan.

Setelah berkali-kali perkara itu berlaku, akhirnya seorang ikhwah bertanya kepadanya tentang apa masalah yang berlaku sehingga setiap kali usrah, meeting dan sebagainya, dia selalu datang lambat. Pada awalnya, dia tidak menjawab, tetapi apabila ditanya berkali-kali, barulah dia menjawab:

"Dahulu, aku datang ke usrah dan sebagainya dengan menaiki basikal burukku. Aku gerak awal kerana tempatnya agak jauh dari rumahku. Namun, setelah datang seruan untuk mengorbankan harta dan isytirakat untuk dakwah, aku tiada duit untuk dikorbankan. Apa yang aku ada adalah basikalku ini. Lantas, aku pun menjual basikalku, dan gunakan hasil duit itu untuk diinfaqkan kepada jemaah dan dakwah....."

Menangis ikhwah itu apabila mendengar kisahnya. Lantas, ikhwah tersebut bersama ikhwah-ikhwah lain telah menghadiahkan untuknya sebuah kereta, sebagai penghargaan dari sebuah pengorbanan yang agung ini!

Moga dengan dua kisah di atas, dapat menjadi pembakar semangat kita untuk kembali muhasabah diri. Sejauh manakah pengorbanan kita untuk menegakkan agama Allah yang suci murni ini?

PENUTUP

Mungkin, ada yang akan marah bila saya utarakan persoalan-persoalan di atas. Dan mungkin saya sendiri tak serupa bikin dengan apa yang saya cakap. Lantaran itu, saya mengaku, saya sendiri mempunyai 1001 kelemahan dan aib saya yang saya sendiri rasa malu untuk ceritakan. Tetapi itulah, penulisan ini khusus untuk diri saya, umum untuk sesiapa sahaja yang mahu ambil pengajaran.

kembali muhasabah diri. Kita dah lama sangat lena, di kala umat tengah tenat. Hidupkanlah budaya tegur-menegur sesama kita, agar bila kita lalai, kita mampu kembali sedar dan berubah. jangan biarkan kawan kita berterusan dengan kelalaian, berterusan dengan rungutan, dan yang sama waktu dengannya.

Moga dengan pengorbanan kita yang sedikit ini, Allah balas dengan syurga.

Allah, Allah sangat baik. Allah sangat pemurah. Pengorbanan kita yang sedikit Allah tetap hargai dan merasa bangga dengan kita andai kita ikhlas. Itulah Allah, Tuhan yang sentiasa menghargai kita, Tuhan yang MAHA PEMURAH. Namun, adakah kita ini menghargai Allah?

Wallahua'lam.

Sekian saja usrah kita pada hari ini.

Ana akhiri usrah kita dengan tasbih kafarah dan suratul Asr.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5