Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Ukhuwah Tulen Vs Ukhuwah Palsu

Monday, 25 May 2015 | 13:06




Bismillahirahmanirahim...

Ukhwah itu indah, manis, nikmat, dan cantik. Siapa merasai nikmat ukhwah, dia akan bahagia, aman, tenang, terhibur, gembira, riang dan harmoni. Hidupnya senantiasa rasa terisi, terasa di ambil berat, bila lemah akan kembali kuat, bila sedih, akan kembali gembira. Kerana adanya sahabat yang mengambil berat, membimbing, menasihati, memberi semangat, mendoakan, mendorong, dan banyak lgi. Itulah ukhwah.

Tapi, hari ini, ramai orang tak rasai nikmat ukhwah. Lebih malang, ramai yang merasakan bahawa mereka merasai nikmat ukhwah, ramai yang mengaku berukhwah, tapi hakikatnya, mereka tak berukhuwah, ukhuwah mereka palsu. Ya, palsu!

Akhirnya, ukhuwah yang sepatutnya didasari iman dan taqwa, tercemar dengan dosa dan noda dan calit-calit kotor maksiat yang busuk dan pahit.

Atas dasar itu, mari kita sama-sama fahami, apakah itu UKHUWAH yang sebenar, apakah UKHUWAH yang ALLAH REDHA, agar kita boleh muhasabah, sejauh mana ukhuwah kita benar-benar tulen, atau rupa-rupanya, ianya hanyalah palsu.

APAKAH RAPAT ITU TANDA UKHUWAH?

Bila sebut ukhuwah, saya nak sebut satu teori. Korang kena faham teori ni betul-betul, sebab lepas ni, segala apa yang saya nak sebut, akan ada kaitan dengan teori ni. Faham betul-betul:

"Rapat tak semestinya berukhuwah, tak rapat tak semestinya berukhuwah. Boleh jadi, rapat itu tak berukhuwah, dan boleh jadi tak rapat itu berukhuwah..."

Faham? Sorry, ayat berbelit. Saya memang suka buat ayat bajet smart. Argh, dah start merapu. Takpe, saya akan explain tentang teori saya ni. Jap, saya nak korang baca balik teori ni:

"Rapat tak semestinya berukhuwah, tak rapat tak semestinya berukhuwah. Boleh jadi, rapat itu tak berukhuwah, dan boleh jadi tak rapat itu berukhuwah..."

Berdasarkan teori saya ni, saya nak nyatakan, bahawa, BUKTI UKHUWAH bukanlah RAPAT. Neraca UKHUWAH bukanlah RAPAT atau TAK RAPAT. Saya akan explain satu-satu dalam bentuk point supaya korang boleh faham satu persatu dengan jelas, tenang, dan tanpa otak serabut.

1) Rapat tak semestinya berukhuwah

Bayangkan situasi ni:

"Hey Siti Samarinda, awak free petang ni? Hehe..."
"Kenapa Nurul Syamsul Bt Mustafa Bariah?"
"Takdelah, kita nak ajak awak datang bilik kita, kita ada download drama korea baru semalam guna torrent. Hehe, Jomla tengok sama-sama, awak pun macam stress je, jomla tengok sama-sama, hiburkan diri. Huhu.. Sekali sekala.."
"Yeke? Baiknya awak!! Jom! Awak memang baik. Ukhuwah Fillah!!!"

Cerita tamat. Saya terpaksa tamatkan cerita ni sebab stress nak tulis. Ada ke patut dia kata tengok drama korea sama-sama tu ukhuwah fillah? Walaupun mereka rapat, tengok drama sama-sama, nangis sama-sama, tapi adakah itu ukhuwah? Adakah Allah redha dengan persahabatan itu??"

Ataupun, kes lain:

"Weyh, Hamid, kalau betul kau sahabat aku, kau tolonglah tanyakan maimunah dia suka aku ke tak.. Aku malu doh..."
"Haha.. Kau ni, badan je tough 37892 pack, tapi dalam hati ada taman. Pergi la cakap sendiri, baru sado beb..."
"Ish kau ni. Kita kan dah lama kawan, sekali sekala tolong la aku. Aku memang pemalu dari darjah 2 lagi. Walaupun umur aku sekarang 21, aku masih lagi pemalu..."
"Macam-macam kau ni, takpe, sebagai bukti ukhuwah kita berdua, aku akan tolong matchkan kau dengan Maimunan. Hehe.."
"Terima kasih Hamid! Kau memang best friend aku! Ukhuwah fillah!!"

Argh!! Saya terpaksa stop jugak cerita ni! Adakah itu ukhuwah?! Tolong-menolong buat dosa? Walaupun mereka rapat, siap match-match kan couple bagai, adakah Allah redha dengan persahabatan yang sebegitu??

Jap, last-last. Ni situasi yang paling banyak berlaku. Stress gak kadang-kadang. Cuba bayangkan situasi geli di bawah (Sediakan bakul untuk muntah. Sebarang penyakit yang berlaku bila korang bayangkan situasi ni, jangan salahkan diriku ini):

"Kring... Kring..." Telefon Kamariah Bastisia Puteri Mawar bt Jep bordering pada pukul 3 pagi. Entah siapa yang telefon dai pagi-pagi ni.
"Erk.... Siapa pulak call ni??" Kamariah Bastisia Puteri Mawar bt Jep merungut seorang diri sambil menggeliat.
"Hello, siapa ni??"
"Kamariah, ni Ayob. Hehe..."
"Ayob. Allah.. Nape awak call saya pagi-pagi ni? Hehe.. Buat cuak je. Ingat ada emergency ke apa. huhu.. Nape awak call kita?" Kamariah Bastisia Puteri Mawar bt Jep menjawab panggilan 'kawan' sekelasnya, Ayob.
"Kita call awak sebab nak kejut awak Qiamullail. Awak tahajjud la. Hehe..." Ayob menjawab dengan anda nada yang cukup lembut. Konon dakwah, padahal dia suka Kamariah.
"Terima kasih Ayob sebab kejut tahajjud! Uhibbuka fillah abadan abada birahmatikaya ar hamar rahimin, ya hananaaa..."
"Ukhuwah fillah, doakan kita ke Kamariah. Salam..."

ARGH! Pernahkah anda menghadapi situasi macam ni? Ada orang berlainan jantina tak pasal-pasal kejut korang qiam, ajak korang puasa, konon bimbing bagai, ukhuwah fillah katanya, pernah tak? Adakah itu ukhuwah??? Adakah Allah redha ukhuwah ukhuwah sebegitu? Ukhuwah yang dicemari nafsu ikhtilat? Walaupun mereka rapat, adakah mereka berukhuwah??

JAWAPNNYA: TIDAK!

Walaupun meeka rapat, itu bukan ukhuwah. Ingat point pertama saya:

"Rapat tak semestinya berukhuwah".

2) Boleh jadi tak rapat itu berukhuwah.

Contohnya mudah je. Contohnya kita dengan orang palestin. Adakah kita rapat dengan mereka? Muka pun tak pernah jumpa. Tapi, adakah kita berukhuwah dengan mereka? Ya! Walaupun kita tak rapat, tapi kalau kita derma untuk mereka, hakikatnya kita berukhuwah dengan mereka. Nak kata, ukhuwah tak semestinya kena rapat.

So, dari contoh-contoh ni, saya harap korang faham teori saya iaitu:

"Rapat tak semestinya berukhuwah, tak rapat tak semestinya berukhuwah. Boleh jadi, rapat itu tak berukhuwah, dan boleh jadi tak rapat itu berukhuwah..."

So, ukhuwah tu apa sebenarnya?

MAKNA UKHUWAH DI SISI ISLAM

Ukhuwah itu, dasarnya iman, Islam, aqidah dan taqwa.

Bukti ukhuwah ialah:

1) Hasil dari ukhuwah itu, iman bertambah.
2) Hasil dari ukhuwah, Islam bangkit.
3) Hasil dari ukhuwah, taqwa meningkat.

So, biar saya quote apa yang Allah bagitahu dalam Qur'an tentang ukhuwah ni, hadis Nabi dan kata-kata Ulama' dan saya akan expalin apa itu ukhuwah yang sebenar.

PERTAMA:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah:71)

Melalui ayat ini, kita bolek tengok, Allah letakkan UKHUWAH ialah:

1) Mengajak pada kebaikan.
2) Mencegah pada kemungkaran.
3) Taat Allah dan Rasul.

Bermakna, kalau betul kita berukhuwah dengan kawan kita, kita perlu ajak dia buat baik, tegur dia kalau dia buat jahat. Agar sama-sama dapat taat Allah dan Rasul. Kalau buat dosa sama-sama, langgar perintah Allah sama-sama, itu bukan ukhuwah.

Tengok korea sama-sama dalam bilik, sembang pasal crush sama-sama dalam kelas, pergi wayang layan movie ada aurat sama-sama, ikhtilat bagai, itu semua bukan ukhuwah walaupun rapat, sebab itu namanya buat dosa sama-sama.

Clear?

KEDUA:

"Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin yang lain itu bagaikan dua buah tapak tangan manusia. Tapak tangan yang satu membasuh tapak tangan yang lain. Terkadang kotoran itu tidaklah hilang kecuali dengan gosokan yang cukup keras akan tetapi dengan hal tersebut tangan bisa bersih dan segar..."
(Ibn Taimiah-Majmuat Fatawa)

Bermakna, kalau betul kawan, kalau betul sahabat, kalau betul BFF, kalau betul ukhuwah, kita kena sentiasa tegur dan baiki kesilapan kawan kita. Walaupun kadang-kadang kena guna kata-kata yang serius dan kasar sampai dia terasa dan berterus-terang, tapi kadang, dengan sentapan dan terus-terang itu akan menyedarkan hati.

KETIGA:

"Perumpamaan untuk saling mencintai, mengasihi dan menolong di antara orang-orang beriman adalah bagaikan satu badan. Jika ada anggota badan yang sakit, maka yang lain juga turut merasakan sakit dengan demam dan tidak bisa tidur di malam hari.."
(HR Bukhari Muslim).

Kalau betul ukhuwah, bila kawan kita dalam kesusahan, kita bantu, bukan buat tak tahu je. At least, kalau kita tak dapat bantu, kita tolong dia untuk dapatkan bantuan dari orang lain. Tapi ramai jenis kawan, just rapat dengan kita kepentingan peribadi dia. Bila kita susah, terus tinggalkan. Ataupun, gaduh or salah faham sikit, terus bermusuhan dengan kita dan memburukkan kita dekat orang ramai. Pergh.. Nampak sangat tak ikhlas nak bersahabat.

CARA NAK PILIH KAWAN

Selepas korang dah baca dan faham apa itu ukhuwah dan apakah bukti ukhuwah, sekarang, saya nak bagitahu satu benda yang sangat penting gila bapak, iaitu proses MEMILIH KAWAN!

1) Jangan pilih kawan yang banyak ajak kita buat jahat.
2) Jangan pilih kawan yang support kita bila kita buat jahat.
3) Jangan pilih kawan yang selalu kutuk, perli, menganjing, atau perlekehkan kita bila kita nak berubah atau buat kebaikan.
4) Jangan pilih kawan yang tak tegur kita bila kita buat jahat.
5) Jangan pilih kawan yang buruk akhlaknya, mencarut sana sini, mengumpat sana sini.
6) Jangan pilih kawan yang suka buat maksiat.

Habis tu, nak pilih kawan yang macam mana?

Bak kata Imam Al-Ghazali, ada dua belas jenis orang yang kita perlu berkawan dengannya:

1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu.
2. Jika kau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatanmu itu.
3. Jika kau memerlukan pertolongan darinya, maka dia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
4. Jika kau menawarkan untuk berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik.
5. Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka dia akan sedaya upaya menutupinya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bentuan darinya, maka dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bantu.
8. Jika kau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka dia akan menanyakan kesulitan yang kau hadapi.
9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
10. Jika kau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika kau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.
12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau selisih faham, nescaya dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan.

Dan banyak lagi.

Serius, bab cari kawan ni, kena serius dan hati-hati. Salah pilih kawan, boleh hancur beb. Saya dah jumpa ramai orang yang dulu baik, tapi salah pilih kawan punya pasal, mula la terjebak couple ikhtilat, rokok, bagai. Ada jugak saya jumpa orang yang jahat, tapi dia mula berkawan dengan orang yang baik, dia berubah, dan akhirnya sekarang jadi baik gila bapak. 1000 kali ganda lai baik dari saya yang jahat ni.

Sebab tu Nabil banyak kali pesan supaya pilih kawan yang baik-baik dan jauhi kawan-kawan yang jahat ni.

PESANAN ALLAH, RASUL DAN ULAMA' TENTANG ISU MEMILIH KAWAN

Jom, kita tengok satu-satu, supaya kita akan rasa semangat lagi untuk memilih kawan yang baik, supaya kita dapat rasa nikmat ukhuwah yang sebenar.

1) Imam Syafie berkata:

"Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali..."

So, kalau korang jumpa orang yang baik, berkawanlah dengan dia, peganglah dia erat-erat, rapatlah dengan dia, banyak bersama dia!

2) Luqman Alhakim pada anaknya:

"Wahai anakku, setelah kau mendapatkan keimanan pada Allah, maka carilah teman yang baik dan tulus. Perumpamaan bagi teman yang baik seperti 'pohon', jika kau duduk di bawahnya dia dapat menaungimu, jika kau mengambil buahnya, dapat kau makan. Jika ia tak bermanfaat untukmu, ia juga tak akan membahayakanmu..."

Lihat. Bila kita berukhuwah dan bersahabat dengan orang yang baik ni, kita akan sentiasa dapat kebaikan darinya. Dan, kalau dia tak dapat beri kita kebaikan pun, dia still tak memberi kita keburukan dan bahaya.

3) Pernah Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat"

"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik?"

Baginda SAW menjawab:

"Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah S.W.T. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".

Sahabat bertanya lagi,

"Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?"

baginda SAW membalas:

"Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah S.W.T. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."

4) Allah berfirman:

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia.."
(Al-Kahfi:27)

5) Nabi bersabda:

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah.."
(HR Hakim)

KESIMPULAN

Alhamdulillah. Korang semua dah nampakkan, apakah itu erti ukhuwah, dan macam mana bentuk ukhuwah yang sebenar? Sebagai kesimpulan, saya nak kita semua muhasabah semula. Adakah ukhuwah yang kita laungkan selama ni tulen ataupun palsu? Adakah kita selama ni menjadi sahabat yang baik atau sahabat yang buruk kepada kawan kita? Adakah selama ni kita pernah tegur kawan baik kita, atau membiarkan dia hanyut dengan dosa noda?

Kalau betul sayang, tegurlah. Kala betul ukhuwah, bimbinglah. kalau betul KALAU BETUL!

Sahabat nabi, mereka betul-betul jujur dengan ukhuwah mereka. Kaum ansar sanggup berikan tempat tinggal, harta, bahkan ada yang ceraikan isterinya semata-mata nak bantu kaum Muhajirin yang baru berhijrah ke Madinah.

Sahabat Nabi, kalau ada di kalangan mereka tak datang Subuh berjemaah di masjid, mereka akan ziarah sahabat tersebut untuk bertanya masalah yang dihadapinya.

Sahabat nabi, ketika peperangan, haus dan hampir mati, masih boleh utamakan sahabatnya yang turut haus dan hampir mati. Sehingga mereka semua mati syahid kehausan. Boleh rujuk kisah Ikriman b Abu jahal yang pasti membuatkan korang semua menangis.

Kerana apa sdahabt boleh jadi hebat?

Kerana, ukhuwah mereka hebat.

Bila ukhuwah kita ikhlas, walau berbeza persatuan, berbeza parti, berbeza jemaah, kita masih mampu tersenyum gembira, tersenyum ikhlas tika berjumpa, rasa kehangatan ukhwah tika bersama, saling bantu membantu ke arah kebaikan walau berbeza parti, jemaah atau persatuan.

Saya ulang:

"Bila ukhuwah kita ikhlas, walau berbeza persatuan, berbeza parti, berbeza jemaah, kita masih mampu tersenyum gembira, tersenyum ikhlas tika berjumpa, rasa kehangatan ukhwah tika bersama, saling bantu membantu ke arah kebaikan walau berbeza parti, jemaah atau persatuan..."


Kerana...

Kerana, tanda iman ialah cinta kerana Allah.

Hanya orang yang beriman sahaja akan merasai nikmat ukhuwah. Hanya orang yang beriman sahaja.

Saya ada ramai kawan yang ikut dakwah tarbiah, yang saya pernah duduk sebilik dengannya, saya tak pernah nampak dia tengok movie, dengar lagu pelik-pelik, main game dan sebagainya. Dan balik rumah, baca buku, baca Qur'an, masak, kemudian kadang-kadang keluar untuk usrah, daurah, katibah dan sebagainya, dan jumpa orang yang dia sedang dakwah, ziarah rumah kawan dan sebagainya.

Malam hari, saya dengar dia menangis ketika bertahajjud, berdoa memohon hidayat untuk umat.

Saya pernah tidur, tiba-tiba saya terbangun pukul 3 pagi, saya tengok sebelah, kawan saya tengah berdoa menangis-nangis. Saya dengar apa yang dia doa. Saya pun turut menangis. Dia doa:

"Ya Allah, hari ni umat makin jauh dari agammu ya Allah. Kau berilah hidayahMu Ya Allah, kurniakan hidayah untuk umat Ya Allah, kurniakan hidayah untuk umat seluruh alam Ya Allah!!"

Saya ada kawan yang sanggup bila saya down lemah semangat dalam dakwah, dia belanja saya makan, dan dia beri saya nasihat dengan cukup lembut sehingga saya menangis. Dia mengambil berat tentang saya, dia tak nak saya tinggalkan dakwah, dia beri saya semangat, dia pandu saya, dia bimbing dan pimpin tangan saya tiap kali saya nak terjatuh.

Saya sangat bersyukur.

saya dah dapat kawan yang baik, saya dah merasai nikmat ukhuwah sesama jantina sehingga saya takde masa nak ikhtilat dan couple. Saya dah rasa betapa manisnya persahabatan kerana Allah.

Saya yakin, korang pun pernah merasainya. Yang belum pernah merasainya, berdoalah pada Allah, dan teruslah mencari....

Wallahua'lam.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5