Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Wudhu' Dan Solat

Friday, 29 May 2015 | 09:29




Bismillahirahmanirahim...

Pertama sekali sebelum diskusi solat yang BESARRRRR ni.

Naklah saya sampaikan sedikit hal.

In Shaa Allah ilmu yang saya sampaikan ni mudah-mudahan sangat bermanfaat buat diri antunna semua. Ini semua dari Allah.Secara personally saya debar hati daripada tadi petang untuk sampaikan hal solat ni.

SOLAT

"Tidak sah solat, tanpa wudhu'"

WUDHU'


  1. Bersihkan kedua tangan.
  2. Kumur dan bersihkan hidung.
  3. Basuh muka (Niat sahaja aku angkat hadas kecil kerana Allah Taala).
  4. Basuh tangan kanan dan kiri sampai siku.
  5. Sapu air ke kepala (ubun-ubun).
  6. Telinga.
  7. Basuh kaki.
P/s: Basuh muka dari anak rambut tumbuh, sampai bawah dagu ke anak-anak telinga.
     : Tangan dan kaki dibasuh sambil sela celah-celah jari tau.

Tips Wudhu'

Saat membasuh anggota wudhu' doalah dalam hati seperti:

Saat membasuh kedua tangan, bacalah "Ya Allah, semoga tangan yang aku basuh ni tangan yang memberi manfaat buat aku".
Saat berkumur, bacalah "Ya Allah, semoga mulutku mulut yang selalu menuturkan hal yang baik".
Saat membasuh muka, bacalah "Ya Allah, cantikkanlah muka aku seperti kau dan cantikkan akhlakku".
Saat membasuh kaki, bacalah "Ya Allah, semoga kakiku melangkah tempat-tempat yang baik"

INGAT!!

Anggota wudhu' akan bercahaya di waktu yang sangat kita perlukan di akhirat besok.

Rukun solat WAJIB! BATAL solat jika tinggalkan rukun solat. Hati-hati, dan perhatian sama solat.

Sape-sape yang nak tahu boleh baca ENTRI NI. Saya dah post semalam.

Hukum menambah bacaan selepas al-Fatihah adalah sunat dan yang paling baik.

Dan ingat, kita dilarang membaca al-Qur'an ketika rukuk dan sujud sebabnya dalam hadis ada menyebut supaya kita mengagungkan Tuhan sewaktu rukuk dan berdoa bersungguh-sungguh ketika sujud dan kita jugak tahu, di waktu sujud kita paling hampir dengan Tuhan, jadi doalah.

Dan disunatkan membaca isti'azah/taawuz (A'uzubillahi minashsyaitonirrojim) waktu rakaat pertama.

Macam Mana Keadaan Tangan Apabila Sedang Baca Surah Al-Fatihah? Di Dada Kah? Di Pusat Kah? Di Mana Yang Terbaik?

Tiada masalah kalau di dada, atau di bawah pusat.

Kedudukan yang terbaik adalah di antara pusat dan dada.

Dari Rukuk Untuk Sujud, Yang Manakah Harus Didahulukan? Tangan Dulu Atau Lutut Dulu?

Anda bebas pilih yang mana satu. Terdapat dua pendapat:

  1. Lutut didahulukan kemudian tangan.
  2. Tangan dulu kemudian lutut.
Kedua-dua cara ini bersandarkan dengan cara Rasulullah S.A.W. solat yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A. dan sahabatnya.

Diingatkan, larangan Nabi untuk sujud dengan cara tangan rapat ke tempat sujud, rapatkan tangan anda dengan ketiak dan angkat sedikit.

Dan juga seperti unta.

Terdapat tjuh anggota yang terlibat semasa sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.

Dahi, daripada hidung dan dahi lekat kat sejadah tau. Dua kaki, ialah jari-jari kaki yang berdiri, bukan gaya baby merangkak.

JARI TELUNJUK SEWAKTU DUDUK TAHIYAT AWAL DAN AKHIR

Waktu Bila Nak Angkat? Dan Macam Mana Kedudukan?

Ada dua cara:-


  1. Waktu bacaan sampai kat "Illallah".
  2. Diangkat dari awal bacaan sampai ke akhir.


Kedudukannya diletakkan di paha kanan, jangan lebih daripad kepala lutut anda.

Dan diingatkan hal yang selalu orang lupa apabila berbicara hal toma'ninah (berhenti seketika).

Orangkan suka solat macam keretapi, ingat, anda tidak menjaga toma'ninahnya--->NERAKA

Cara Duduk Tahiyat Akhir

Dua cara dan anda pilihlah yang mana sesuai.

Daripada Abu Humaid R.A berkata (saya translate dan mudahkan bahasanya).


  1. Kaki kiri baginda di bawah kaki kanan duduk di atas punggung dan tegakkan tapak kaki yang kanan.
  2. Baginda duduk di atas kaki yang kiri dan tegakkan kaki kanan.
SALAM

Satu salam sudah memadai, dan sah solatnya kalau andai tak sempat bagi salam kedua sebelah kiri kalau ada binatang atau apa-apa yang mengganggu.

Daripada Amir bin Saad yang diceritakan daripada ayahnya: "Aku telah melihat Rasulullah S.A.W. memberi salam ke arah kanan dan kiri hingga aku dapat melihat putihnya pipi baginda:.

Sodaqollahul 'adzim. In Shaa Allah sampai sini saja.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5