Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Cinta

Friday, 5 June 2015 | 10:59



Bismillahirahmanirahim...

Kita buka tazkirah kita dengan ummul kitab al-Fatihah...

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.. Sollu alan nabiyy!

Tajuk malam ini ialah
.
.
.
Cinta

Usrah yang sangat santai.. Maaf jika kekurangan.

Apabila manusia terlena dibuai dengan cinta dunia, cinta manusia... hukumNya dicampak entah ke mana.

Bila cinta manusia yang selama ini bertahun-tahun dipertahankan, akhirnya putus di tengah jalan, mulalah hati rasa kecewa, merana dan putus asa.

Kadang kala sampai tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu... Segalanya jadi suram, kosong, tak berdaya atau ada yang cakap hidup dan takde maknanya lagi....

Hmm, awak..

Ya awak yang sedang patah hati kerana cinta manusia..

Saya nak tanya.. Adakah ini cinta yang kita agungkan?

Cinta yang membuat kita kufur dan putus asa dari Ar Rahman?

Tidak...

Ini bukan cinta tapi suatu musibah..

Buat sahabatku..

Yang sedang patah hati kerana cinta manusia..

Subhanallah.. MasyaAllah.. Sedarkah kalian Allah mencintai kalian?

Ya, mungkin kalian berfikir Allah kejam kerana mengambil orang yang kita sayang.

Tapi buka mata hatimu, dan lihat hikmah yang terbentang luas di hadapan.

Sedar tak.. Allah ingin mengisi hatimu dengan cinta yang tak berbelah bagi padaNya..

Awak.. Ya awak..

Sedarkah!!! Kita sedang menzalimi hati yang Allah amanahkan ini.

Saya faham fitrah yang satu ini.. Saya juga manusia bukan robot, ada hati dan perasaan.

Sama macam kalian..

Kita sama-sama punya rasa cinta, tetapi cara kita menguruskan cinta itu berbeza..

Saya tak cakap saya arif menguruskan fitrah cinta..
Oh tidak. Tapi In Shaa Allah, mari sini, saya ceritakan apa yang saya tahu tentang cinta..

Seperti yang saya cakapkan tadi, cinta itu tidak salah ianya fitrah. Nak bercinta silakan, tiada yang menghalang.. Tapi, adakah cinta itu berpaksikan pada Allah?

CINTA YANG MENGHARAP REDHANYA?

Cinta yang semakin mendekatkan kamu kepadaNya? Yang membuatmu makin semangat untuk mengenal dan meraih cintaNya?

Cinta yang membuatmu menjadi orang hebat di pandangan Allah juga penduduk di langit?!

Sahabatku..

Cinta itu tak salah. Tapi cinta yang bagaimana itu? Cinta untuk siapa? Milik siapa? Untuk apa dan bila?

Cinta itu milik DIA. Untuk dapatkan redhaNya bukan murkaNya. Dengan mengikuti segala apa yang telah ditetapkan. Bila-bila dan di mana saja kita berada.

Tahu tak!!!!!!

Seharusnya yangn bertakhta di hati manusia itu hanyalah Allah SWT dan RasulNya.

Kalau Si dia benar-benar mencintaimu, dia takkan sesekali mengajakmu mendekati neraka.

Allahu Allah....

Saya faham perit rasanya CINTA yang selama ini engkau pertahankan akhirnya putus di tengah jalan.. Semua tinggal angan-angan dan jadi kenangan..

Sabarlah.. Kuatlah...

Allah itu MAHA ADIL, DIA sebenarnya sayang sangat pada kita.. DIA sayang padamu, padaku dan sekalian mankhlukNYA..

JADI BAGAIMANA NAK DAPATKAN CINTA YANG SEPERTI ITU?

Aku mencintaimu kerana Allah, dan keranamu juga, aku mencintai Allah.

Apa bezanya? Cinta itu dizahirkan pada Allah SWT atau pada manusia.

Maaf saya bukan arif berbicara soal cinta. Tapi saya inginkan KALIAN membuka mata hati yang selama ini buta dalam menilai cintaNYA dan RasulNYA..

Saya tak cakap menyimpan nama seseorang di dalam HATI itu adalah suatu dosa.. Tidak. Wallahua'lam..

Saya tidak tahu. Sesungguhnya dosa dan pahala itu hanya Allah yang berhak menentukan.

Tapi nasihatku padamu juga ditujukan pada diri ku.. Simpan saja Si dia dalam DOA, bukan dalam hati.. Kerana apa?

Kerana hati itu bolak balik sifatnya.. Kalau doa itu, In Shaa Allah, sapai padaNya....

Tahu tak???

Bercinta dalam diam itu sungguh indah.. Kenapa? Kerana cinta itu tidak disandarkan pada manusia tapi hanya disandarkan pada Allah SWT..

Sebab orang yang jatuh cinta cenderung menyebut dan mengingati orang yang dicintainya..

Manusia boleh menjadi hamba kepada cinta....

Mari kita bermuhasabah diri, selama ini kita tidak bercinta dengan yang HALAL. Contohnya; ibu bapa, adik beradik, keluarga, dan lain-lain.. Tapi kita hanya berpura-pura... Kita busy bercinta dengan yang TAK HALAL..

Cinta itu suci jangan dinodai dengan racun-racun yang membuat kita semakin jauh dari Allah SWT...

Awak.. YESS!!! Awak sahabat dunia akhirat saya..

Tidak salah jika tiada CINTA manusia di hati asalkan ada CINTA kepada Allah SWT..

Pada hakikatnya, percintaan pada makhluk ini hanyalah alasan semata-mata.. Dan akhirnya, cinta itu akan terkubur bagaikan layang-layang yang terputus talinmya.. Tiada arah tujuan.. Kerana CINTA awak pada si dia bukan kerana ALLAH tetapi kerana NAFSU...

Jadi niatlah dengan seikhlas hati kerana dan DEMI ALLAH semata..

Aku mahu kamu mencintaiNYA dan RasulNya melebihi segalanya.

Aku mahu kamu ke syurga bukan ke neraka..

Aku mahu kamu "MUHASABAH DIRI" tiap masa.. Tanpa mengenal penat jemu..

Aku mahu kita sama-sama menjadi yang terbaik pada pandanganNya...

JOM!! JADI BAIK..

Allah SWT, telah membentang jalan penuh hikmah dengan NIKAH (connecting people). Kenap mesti memilih jalan MUDARAT dan jalan MAKSIAT..

Bila kita belum mampu menikah.. Berpuasalah! Mujahadah melawan NAFSU.. In Shaa Allah, PASTI ada ganjaran di sisiNya.. ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Aku ingin cinta yang bertaraf tinggi, dengan cintamu mengenal Allah bukan cinta murahan..

Sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT dan hidup ini adalah semata-mata untuk mencari REDHA dan meraih CINTA ALLAH SWT..

Moga bermanfaat

JOM!! BESARKAN ALLAH DALAM HATI KITA...


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5