Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Iman Dan Akhlak Mulia

Wednesday, 3 June 2015 | 08:30


Bismillahirahmanirahim...

Kita buka tazkirah kita dengan ummul kitab al-Fatihah...

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Bismillahirahmaniahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Sollu alan nabiyy!

Tajuk malam ni ialah
.
.
.
Iman Dan Aklahk Mulia

Mengukur iman dengan akhlak mulia.

  • Bagaimanakah cara mengukur keimanan seseorang?
  • Adakah wujud satu kaedah untuk menilai tahap kekuatan dan kelemahan iman dalam hati seseorang?
  • Apa itu iman?
Itu akan kita kupas bersama-sama malam ini.

Iman adalah suatu yang abstrak dan maknawi, tetapi Rasulullah S.A.W. telah memberi satu garis panduan dalam menilai kesempurnaan iman seseorang.

Sabda Baginda yang bermaksud:

"Seorang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik terhdap isterinya. Sesungguhnya, akulah suami yang paling baik terhadap isteri".
[Riwayat at-Tirmizi, no. 3895 dan Ibn Majjah, no. 1977]

Dalah hadis di atas, Baginda menyimpulkan bahawa natijah kesempurnaan iman adalah akhlak yang mulia.

  • Tiada gunanya ilmu yang banyak sekirananya akhlak dan tingkah laku sentiasa menyakiti hati dan perasaan orang sekeliling.
  • Tiada gunanya ibadat yang berterusan sekiranya masih tidak menjaga perangai dan tindak-tanduk ketika berurusan dengan orang lain.
Understand?

Sheikh Ibn Uthaimin mensyarahkan hadis ini dengan menyatakan bahawa akhlak yang mulia terbahagi kepada dua:

Akhlak Dengan Allah

Pelaksanaan:

Meredhai dan mematuhi hukum-hakam yang telah disyariatkan-Nya tanpa sebarang bantahan dan alasan untuk tidak melaksanakannya. Demikian juga menerima segala qada' dan qadar Allah dalam setiap detik kehidupannya dengan hati yang penuh reda.

Akhlak Dengan Manusia

Pelaksanaan:

Menjauhi sebarang perkara yang menyakiti perasaan dan fizikal orang lain serta bersabar atas segala tindak-tanduk mereka.

Suami yang Terbaik kepada Isteri.

Siapakah suami yang terbaik kepada isteri?

Jawapnnya: Rasulullah

Ya Rasulullah

Subhanallah!

Hebatnya Rasululah S.A.W., sayangnya Baginda kepada golongan wanita!

Lihatlah bagaimana Baginda memuliakan para wanita sehingga dalam rangkap seterusnya, Baginda mengkhususkan lagi kesempurnaan akhlak iaitu suami yang paling baik terhadap isterinya.

Baginda ungkapkan ini dengan ucapan tokoh-tokoh kemanusiaan lain di seluruh duania dan sepanjang sejarah kemanusiaan.

Adakah wujud dalam kalangan mereka yang mengkhususkan nilai kemuliaan seorang wanita sehingga ke peringkat ini?

Jawapannya, tiada.

Dalam suasana jahiliah di tanah Arab yang menjadikan perempuan sebagai tempat melampiaskan nafsu dan dilihat sebagai lambang kehinaan, Rasulullah S.A.W. tampil dengan penilaian yang hebat ini.

Bahkan, pada zaman jahiliah moden hari ini juga, saat para isteri sering menjadi mangsa kerasukan dan sifat tidak bertanggungjawab sebahagian suami, maka hadis ini mestilah sering diketengahkan dan dijadikan panduan para suami khususnya.

Amat malang apabila wujudnya suami yang begitu baik akhlaknya dan sangat hebat "communication skill" mereka ketika di pejabat atau melayan pelanggan, tetapi begitu bengis ketika bersama-sama isteri dan mendambakan belaian dan kasih mesranya setelah seharian berjauhan demi mencari rezeki untuk keluarga.

Ada suami yang begitu ceria dan mesra dengan senyuman ketika bersama-sama rakan-rakan dan menjalankan tugas seharian, tetapi wajahnya masam mencuka apabila bertemu isteri di rumah.

Lebih malang lagi, isteri menjadi maki hamun bahkan dipukul oleh si suami durjana yang teramat nipisnya iman

Astagfirullah.

Justeru, Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa seseorang, lihatlah akhlaknya ketika bersama-sama isterinya; insan yang paling hampir dengan dirinya.

Sekiranya baik, maka itu adalah petanda kadar positif keimanannya.

Sekiranya akhlaknya buruk terhadap isterinya, bermakna imannya masih perlu digilap dan disiram dengan ilmu dan keinsafan.

Rasulullah sebagai Ikon Suami.

Di penghujung hadis, dinyatakan bahawa Baginda ialah suami terbaik kepada isterinya.

Pernyataan ini bukan atas dasar mengangkat dan memuji diri sendiri, tetapi satu penegasan bahawa Baginda telah melaksanakan perkara yang diucapkan.

Walaupun Baginda menerima wahyu dan begitu hebat memimpin, pandangan serta idea daripada isterinya juga sering diambil kira seperti dalam peristiwa bersama Ummu Salamah ketika Perjanjian Hudaibiyah termenterai. 

Kehebatan akhlak Baginda tambah terserlah ketika golongan munafik memfitnah Ummul Mukminin; Aishah R.HA.

Demikian kehebatan iman dan akhlak Rasulullah S.A.W. yang mesti terus digali dan digaji oleh para suami.

Pepatah Melayu menyebut = "Tak kenal maka tak cinta".

Berusahalah untuk mengenali Rasulullah S.A.W. dengan lebih mendalam agar perasaan cinta itu bertambah utuh.

Pada waktu itu, kesungguhan untuk mencontohi dan menghayati sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan akan bertambah kuat dan kental, in shaa Allah.

  • Rasulullah S.A.W. ialah manusia yang paling sempurna imannya dan yang paling baik akhlaknya terhadap isteri.
  • Baginda merupakan suami penyayang yang sentiasa cuba memahami hati dan perasaan isteri lantas bertindak untuk menggembirakan mereka.
  • Baginda juga seorang pendengar yang sangat setia terhadap luahan dan celoteh isteri.
  • Kehidupan rumah tangga sering dihiasi dengan gurauan, nasihat dan pertolongan yang dihulurkan bagi meringankan beban si isteri walaupun Baginda begitu sibuk menguruskan pentadbiran sebuah negara yang memerlukan fokus pemikiran yang berterusan.
Sekian sahaja usrah kita malam ini.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5