Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Panggilan Dari Allah S.W.T.

Tuesday, 9 June 2015 | 08:27


Tazkirah Pagi.....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.. Sedikit perkongsian buat minda berfikir...

ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAHAJA SEUMUR HIDUP

Ibu berkata... "Allah hanya memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup"
Keningku berekerut.... ...."Sedikit sekali Allah memanggil kita..?"

Ibu tersenyum. "Kamu tahu tak apa 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala.

1) Panggilan pertama adalah Azan

Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, bagi umatNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari kiamat nanti.

Saya terpaku...... Mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain-lain. MasyaAllah.......

Ibu meneruskan lagi....

2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam.

Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian ihram dan melafazkan 'Labbaik Allahumma Labbaik / Umrotan', sesungguhnya kita pada masa itu menjawab panggilan Allah yang kedua.

Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan haji / Umrah bagi yang mampu.

Mata saya semakin berkaca-kaca......... Subhanallah....... Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan..... Alhamdulillah...

3) Dan panggilan ketiga adalah KEMATIAN

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya...

Jawablah tiga panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul khotimah........... In  shaa Allah, syurga adalah balasannya.....


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5