Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 1)

Monday, 13 July 2015 | 15:42

(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro... Aku tak nak seksa perasaan aku lagi)

Hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyeksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan. Entah bila.....

"Umar, kau nak beli sim card baru, kan?" soal Fathil tatkla melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset.

"A'ah!" Umar mengangguk ringkas. "Beli yang aku punya je lah," tawar Fathil.

"Separuh harga?" acah Umar. "Beres. Kau nak sekarang ke?" "Tak nak..." Umar acuh tak acuh.

"Cis, buang karen je!" bentak Fathil. "Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?" Umar meragui.

"Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?" Fathil berwajah serius.

"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebeluan kau beli sim card tu? Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,"

"Tak sampai pun sbulan..." Fathil membetulkan fakta. "Habis tu, nak beli yang lain pulak?"

"Mmm... dah beli pun. Aku sebenarnya nak lai dari makwe aku. Malas nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku."

"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash jugak?"

"Biasalah... lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari perempuan baik tau. Dia ni emm... tak kena selera gadis idaman akulah. Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar... tak pernah bermakwe," Fathil meluahkan. Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakan tentang seorag lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornya pada suatu petang dan asik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu..... dan, kau tahu Umar... kaulah lelaki itu!)

Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau..." Umar menyindir.

"Eleh... nak kutuk akulah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah".

"Ish, awek malang manalah pulak yang akan jadi mangsa kau kali ni... Dasar playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.

"Dengkilah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak cari makwe. Sampai sekarang tak der makwe Dayus! Penakut!" Fathil pula mengenakan Umar.

"Penakut?! Sikit pun tak takutah.... aku malas je!"

"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku. Aku cabar kau tackle Maziah," Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan cabarannya.

"Maziah mana pulak ni?"

"Classmate aku. Sombong betul dia... buat aku tercabar je. Nanti ada peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku suruh kau tackle je, pastu bagi jalan kat aku".

"Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia".

"Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan... Kau tahu tak, Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang au tabik kau".

"Hey, aku beranilah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..." Umar menolak cabaran.

"Kau ulanglah kata kau berani seribu kali. Aku takkan percaya selagi kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun..." wajah Fathil hambar. Dia keuar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman chit-chat.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5