Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 2)

Thursday, 23 July 2015 | 14:22

(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik jugalah...) bisik Fathil.

Umar tercabar. Dia mendengus. Sim card baru diisi ke dalam handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.

"Hello! Fathil..." suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang telinga Umar.

"Err, hello. Fathil takde," Umar gugup berhadapan suara itu.

"Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil, cepatlah..." suara itu mendesak.

"Betul.. dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan.

"Dah dekat seribu kali Fika call, kenapa dia tak angkat?"

"Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya".

"Fika dah agak dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika... semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan," suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.

"Tapi, tak semua..." Umar membela kaumnya.

"Fika tak pernah jumpa pun..... semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap".

"Err, suatu hari nanti jumpalah..."

"Huh, entah bila..." "Berdoalah pada Allah".

"Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.

(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.

"Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!" gadis itu melawak sambil ketawa lagi.

Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan warak di sekolahnya dulu. Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang di pendengaran.

(Merdu sungguh suaranya, tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)

(Astaghufirullah! Fitnah besar pada hati aku ni....) Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama handsetnya berbunyi lagi.

"Hello, Fika ni!" Gurlp! Umar menelan liur.

"Hello!" balas Umar.

"Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri pun," Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.

"Nama penuh Fika, Nur Syafika bt. Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?"

"Err... Umar Al-Mujahid bin Muhamad Suyuti,"

"Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho..."

"Ish, takdelah. Biasa je..." "Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar, boleh?"

"Abang?!" Gurlp!!!

"A'ah... tanda respect Fika, bukannya ada apa-apa. Boleh abang Umar?!"

"Err..." kelu lidah Umar.

"Okeylah bang Umar. Fika chw dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu Fika, sms lah... miss you my hero! Ummmwah..."


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5