Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Hatiku Milikmu (Part 4)

Monday, 31 August 2015 | 08:11

Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara Umar dan Fika.

"Eh.. eh.. Maziahlah!" Fathil tak menyangka terserempk dengan Maziah.

"Yang mana?"

"Tu, tu, baju putih..." Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.

"Nampak tak?" suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.

"Sikit-sikit je... kau bawa motor laju sangat," balas Umar.

"Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau..." Fathil bertindak seperti apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal.

"Maaaziaaahhhh.....!" Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yang dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik empat cover. (Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar. Uma cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fous kepada seseorang. (Eh, Asiah Yusro?!) Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya. (Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak gila-gila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh, biarkan. Boleh blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu... kaulah wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!) Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti. kakinya pantas menyusun rentak ke dewam, diringi oleh Umar.

"Lawa si Maziah, kan?!'

"Kau memang... cari orang lawa je!"

"Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!"

"Buktinya?"

"Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga..."

"Perasaan kau je tu! Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa kau terseksa," Umar belajar daripada pengalaman.

"Orang tak ada makwe cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan."

"Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku boleh cari makwe." Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu fathil. Seorang gadis berwajah jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.

"Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!" marah gadis itu. Comel. (Fika?! Gurlp!!)

"Umar, kau bertuah malam ni... memang sesaat pun!" Fathil separuh berbisik. Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.

"Err, takde lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar Al-Mujahid. Dia boleh jadi pakwe baru Fika," pandai fathil menyusun ayat. ia memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini. Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan matanya.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5