Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Indahnya Hijrah

Saturday, 1 August 2015 | 09:16

Sebelum saya mulakan usrah kita pada malam ini, mari sama-sama kita beristighfar, selawat ke atas Nabi SAW dan membaca ummul kitab Al-Fatihah.

Hijrah. Apa itu hijrah? Hijrah dari segi bahsa adalah perpindahan Rasululllah SAW dan sahabat Baginda dari kota Makkah ke Madinah.

Tapi untuk usrah ini saya ingin membawa pengertian hijrah yang bererti perubahan. Perpindahan yang boleh disamakan dengan perubahan, iaitu dari satu tempat ke tempat lain, seperti dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Tahap yang dimaksudkan sebagaimana yang kita boleh fahami, perubahan dari tidak baik kepada baik, ataupun yang baik kepada yang lebih baik.

Kita semua ber-title bakal jenazah, dan pendosa. Kita cuma hamba Allah yang dhaif. Sewajarnya kita selalu muhasabah diri dan memperbaiki diri ke arah kebaikan, sewajarnya kita berhijrah.

Namun realiti hijrah boleh menjadi satu mimpi ngeri. Seringkali apabila seorang manusia berubah, penghijrahannya sering dikritik, sering diperlekehkan sedangkan mengikut akhlak Islami sewajarnya kita membantu menyokong dan terus mengajaknya kepada kebaikan.

Jangan! Fahamkan bahawa Allah memberi hidayah kepada manusia tersebut tetapi kita pula menjatuhkan manusia tersebut, Allahu, tidakkah berdosa kita? Astaghfirullah al adzim.

Renungi firman Allah dalam surah Taha ayat 82; "Sesungguhnya Aku Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat, beriman dan beramal shalih, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya".

Seringkali mereka tersungkur adala kerana perspektif manusia yang membuatkan mereka lemah untuk terus berubah.

Jangan! Jangan jatuh kerana manusia wahai si penghijrah sekalian. Sedari bahawa perjalananmu adalah satu perjalanan yang indah direncanakan tak lain oleh Tuhanmu Allah SWT, MasyaAllah tabarakAllah. Jatuh dan bangkitlah kerana Alah.

Allah itu Maha Pengampun. Sedangkan Allah yang merupakan Tuhan kita semua itu Maha Pengampun, Allah Yang Maha Berkuasa itu pun boleh menerima taubat hambaNya, maka siapa kita untuk mempersoalkan hijrah seorang manusia? Kalaulah kita mempersoalkan hijrah seorang manusia, tidakkah bererti kita mempersoalkan rencana Allah? Astaghfirulah al adzim.

Kita tak layak pun nak memperkatakan penghijrahan manusia sedangkan diri kita sendiri pun merupakan manusia yang penuh kekurangan, kita semua cuma seorang manusia ciptaan Allah jua.

Hijrah yang kembalinya mereka kepada fitrah, bukankah itu sangat menyentuh hati?

Dambanya mereka pada keampunan dan redha Allah, bukankah itu sangat meruntun jiwa?

  • Renungi wahai sahabat yang dirahmati Allah sekalian.

  • Tidakkah penghijrahan seorang manusia itu merupakan perkara yang kembali kepada fitrahnya?

  • Tidakkah itu satu perkara yang indah?

  • Melihat mereka yang dibelenggu jahiliyyah entah berapa lama, yang akhirnya ada sinar hidayah Allah menyapa hati mereka, kembalinya mereka kepada Allah, sebelum pulangnya mereka sebenar-benar pulang kepada Allah, tidakkah itu sangat indah? MasyaAllah tabarakAllah.


Allah.. Mereka yang berhijrah kepada Allah boleh menjadi cerminan muhasabah buat kita. Kita semua pendosa, pernah berada dalam jahiliyyah, antara sedar tak sedar. Usah dipersoal mereka yang sedang berhijrah kerana pilihnya Allah kepada mereka, hendaknya Allah kepada mereka untuk kembali kepadaNya Allahurabbi, sungguh itu adalah satu rahmat kasih sayang Allah.


  • Mengapa kita yang dilahirkan sempurna dengan sifat celik ini masih buta untuk melihat indahnya hijrah itu?

  • Kerana hati kita. Hati kita adalah hati yang terhalang untuk melihat keindahan itu.

  • Bukan salah mata yang tak mampu melihat tetapi ia salah hati yang tak mampu mengerti.

  • Muhasabah kembali hati itu, perbaiki hati itu, berhijrahlah menuju Allah, nescaya satu saat kelak kau bukan sahaja dapat melihat indahnya hijrah itu tetapi hati kau sendiri akan merasai keindahan itu jua, sebagaimana mereka, insyaAllah.



Usah biarkan hati kita terus buta dalam tafsiran pandangan mata yang menipu.

  • Hijrah, berubah, bukanlah sesuatu yang mudah.

  • Jalan itu penuh liku.

  • Apabila sebati dengan nafsu jahiliyyah, nak berubah bukan mudah.

  • Payah.

  • Kerana nafsu itu membelenggu diri entah berapa lama, entah berapa tahun.

  • Dan bukan boleh dibuang sekelip mata. Tidak.

Tapi ingatlah bahawa yang menjatuhkan dan yang membangkitkan sekalian kamu adalah, Allah SWT.

Kalau tak mampu nak berubah menjadi baik sekalipun, sekurangnya usahakan untuk tinggalkan jahiliyyah tersebut, percayalah, sehingga sampai satu tahap kau akan rasa kosong dan kau akan kembali mencari apa yang telah hilang, satu pencaria hakiki. InsyaAllah.

Buat si penghijrah insan pilihan Allah, sedikit bingkisan bicara tulus buatmu.

  • Bayangkan andai hijrah kita teralalu mudah.

  • Tiada kepayahan.

  • Sekelip mata boleh buang tabiat buruk.

  • Sekelip mata iman bertambah.

Senang je. Segalanya berjalan lancar. Apakah rasanya hijrah yang seperti itu? Hambar, bukan? Tiada sesuatu yang macam boleh dikatakan 'worth it'. Berbaloi. Tiada. Hijrah yang terasa seperti kosong.

Indahnya hijrah itu apabila jiwa yang sangat mendambakan keampunan dan redha Allah itu, kembali kepada Allah.

Indahnya ia bukan kerana mudahnya hijrah itu, tidak, hijrah itu payah, penuh kesukaran, ianya penuh dengan kesulitan yang cuma Allah jua Maha Mengetahui.

Tetapi indahnya hijrah itu kerana ianya penuh dengan ujian tetapi di sebalik ujian tersebut, itulah yang menjadikan sekeping hati itu kerana Allah, mengharapkan keampunan dan redha Allah, kemballinya fitrah hati itu kerana Allah jua. Semuanya kerana Allah jua, semata-mata kerana Allah. MasyaAllah tabarakAllah.

Tetapi, Allah yang Maha Tahu rencanakan hijrah tidaklah semudah yang disangka.


  • Yang mengalami sahaja mengerti.

  • Peritnya dalam hati sabar menahan kritikan manusia.

  • Terkapai kapai bertarung dengan ombak nafsu jahiliyyah yang membelenggu sekian lama.

  • Air mata taubat berjuraian, hati mula takut akan azab seksaNya.

  • Dengan jatuh bangunannya lagi.

  • Dengan keyakinan yang tak menentu kadang goyah kadang stabil kadang terlebih yakin.

  • Persoalan menghujani fikiran, layakkah aku, mampukah aku.

  • Dengan jangka waktunya berhijrah bukan sedetik cuma tetapi ia mengambil masa.

Jalan hijrah adalah satu jalan yang bebaloi dengan indahnya hijrah itu, yang berbaloi untuk meraih keampunan dan keredhaan Allah masyaAllah tabarakAllah.

Tetapkanlah hati kamu sekalian di jalan Allah, jalan yang Allah pilih untukmu.

Redhakanlah hatimu dengan ketentuannya, damaikanla hatimu dengan pandangan yang bermatlamatkan akhirat.

Usah terlalu selesa dengan hijrah kita tetapi sentiasalah memperbaiki diri kearah kebaikan yang membawa kita ke jalan Allah dan sentiasalah memperbaharui taubat kita dengan sepenuh hati, yakni sekeping hati yang harapkan keampunan dan keredhaan Allah SWT.

Alhamdulillah. Setakat ini sahaja penyampaian Indahnya Hijrah pada malam ini, semoga bermanfaat hendaknya buat semua.

Maaf atas sebarang kesilapan usrah, mohon teguran membina untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik insyaAllah.

Sekian, terima kasih. BarakAllahu fiikum.


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5