Cutest
Photobucket
FATIN NABILA AZMAN


Dashboard Follow CBOX

Tips Dan Nasihat Untuk Rakan Peniaga Bisnes online Terutamanya NEWBIE

Sunday, 8 November 2015 | 16:41

Untuk yang baru nak bermula... Mungkin ada yang rasa kecewa bila post kita tak dapat response... Betul kan?

Nak tau apa sebabnya?

Sebelum ni kita tak pernah post pasal produk... Tiba-tiba sekarang baru ada.

Orang sedang memerhati kita sebenarnya... Sebab sekali tengok, mereka tak akan terus order.

Teruskan post... Sebab post yang awal-awal ini adalah hanya sekadar ingin memperkenalkan diri dan produk yang kita jual... Jangan target nak menjual terus, pasti anda kecewa.

Bila viewers dah selalu tengok post kita, baru keyakinan akan timbul... Sebab dia tau, kita memang betul-betul seller yang boleh dipercayai...

Jika kita post 2x, 3x sahaja... Lepas tu stop (Sebab frust kononnya)... Orang lagi tak percaya kat kita... Contoh (Betul ke dia ni jual nurraysa... Dah takde post pasal nurraysa pon.)

So... Untuk permulaan ni, post sekerap mungkin, satu atau dua jam sekali dan setiap hari... Non stop.

Sampai satu tahap... Bila orang nampak nama kita je orang dah tau kita ni pengedar dan peniaga

Tapi nak samapai tahap tu... Buat dan terus buat... Konsisten... Istiqamah.

Hasilnya pasti tak mengecewakan...


Muhasabah diri... Tanya balik... Siapa kita ni sampai post teus orang nak beli...?


Dalam kursus sabtu lepas... Jutawan online yang berjaya, Puan Eida Hassan beritahu... Dalam satu jam, dia post sebanyak lima kali...


12 minit, satu post...


Cer tengok... Kita post berapa kali dalam satu jam...?


Jadi... Lepas ni, ubah cara berfikir, ubah cara bekerja...


In shaa Allah... Semua pasti boleh cemerlang...

14 CARA NAK BERJAYA :

1. Buat bisnes (Knowledge)
2. Sentiasa fokus pada matlamat
3. Kuasai suara kecil dalam diri anda
4. Kuasai kepercayaan atau keyakinan (Tukar sisem kepercayaan kita)
5. Tukar persekitaran atau suasana hidup yang lebih postifi
6. Perhatikan dengan siapa kita bergaul atau berkawan
7. Konsisten
8. Follow sistem 100%, strategi.
9. Kuasai ilmu yang khusus
10. Komitmen dengan mentor
11. Tingkatkan nilai diri anda
12. Tulis platform atau skill tahun ni dan pergi belajar
13. Siapkan satu-satu impian anda, yang dah capai take.
14. Sumbangan (Setiap bulan bagi sumbangan pada sesiapa sahaja walaupun sedikit)

3 CARA MENGUASAI DIRI :

1. Persoalan diri (Bisikan-bisikan negatif)
2. Lawan balik suara hati yang negatif
3 Follow dan tambah lagi dengan idea yang lebih baik

PENGHALANG UNTUK BERJAYA

1. Kurang energi
2. Kurang fokus
3. Kurang sihat
4. Kurang minat

PEMBUNUHAN KEBERANIAN / KEYAKINAN MANUSIA :

1. Takut, Was-was, Ragu-ragu


  • Bisikan orang yang negatif amat bahaya
  • Apa yang orang cakap pasal kita tidak penting tapi apa yang kita cakap pasal kita lagi penting.
  • Jangan campur orang-orang yang bergaduh
  • Manusia senang terima sesuatu yang realiti
  • Lindung kolam (Hati / jiwa) anda / jaga kolam anda dari perkara-perkara negatif
2. D.U.I.T

  • D... Doa
  • U... Usaha
  • I... Ikhtiar
  • T... Tawakkal
Tips Bisnes : Menulis Ayat Iklan

Apabila kita menulis ayat iklan atau ayat jualan, tajuk utama sangat penting untuk kita menarik perhatian pembaca. Antaranya kita boleh menggunakan ayat soalan atau ayat pprovokasi yang boleh menarik perhatian orang untuk teruskan membaca sampai habis. Contohnya,

1. Bosan asyik kena perli buncit dengan kawan-kawan di pejabat? Bagaimana kalau kami berikan produk Baru ini secara Percuma?
2. Baru masuk gudang! 7 Jenis Instant Shawl terkini dengan pilihan 30 warna terbaik tahun ini. Cepat dan senang pakai, cantik dan senang jual.
3. Mudah mengantuk bila memandu jarak jauh? Minum kopi o kaw pun masih sama? Memperkenalkan "Segarspek", terbukti membantu orang mengantuk segar semula.
4. Anda minat kucing? Tapi runsing bila tengok rumah penuh bulu, berbau dan anak-anak kurang selesa? Ini penyelesaiannya, Coway Air Purifier boleh membantu semua orang dalam rumah kembali ceria dan bahagia.

Apakah perkataan-perkataan Magis yang oleh digunakan dalam menulis ayat jualan kita? Berikut adalah perkataan yang pernah saya gunakan. Ia akan menangkap setiap pandangan yang membaca. In shaa Allah.

1. Percuma
2. Baru
3. Ajaib
4. Rahsia
5. Offer
6. Tawaran akhir
7. Menjimatkan
8. Memperkenalkan
9. Terbaru / Terkini
10. Terbukti
11. Berkesan
12. Jaminan

Ini semua hanyalah contoh, kita boleh cuba gunakan dalam penulisan ayat jualan masing-masing. Cubalah, siapa tahu berkesan?

Salam sukses


New
Past
BLOG OWNER ★



Assalamualaikum. Ahlan wasahlan to blog FATIN NABILA AZMAN. Hope dapat ilmu sikit dari post saya. Syukran jazilan kerana sudi blogwalking blog saya ni. Kalau sudi follow lah sekali. Hee, TQ.

SEARCH? ★




STORY MORRY ★

Kalau nak baca entry yang terdahulu kala, klik post bawah sekali, n then dia akan keluar post lagi. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Harap suka lah ngan blog saya ni yang tak de apa, hehe..

CREDIT ★

Skin made by Iyra Monster
Background from Wanaseoby
Most help Afiqah Junizan
Software used PS CS5 & AI CS5